.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 8, 2012

Atas Nama Cinta

Mampukah kita memikul tanggungjawab cinta sebenarnya?..
Atau adakah erti cinta itu wujud daripada setiap perbuatan yang menanggung pelbagai tanggungjawab itu..
Mengertikah kita akan setiap perlakuan atau cuba memahamikah kita jika salah seorang daripada kita tidak hadir dalam percaturan hari..
Adakah kita benar-benar yakin sudah memahami antara satu sama lain atau kita hanya menyangka kita mengenali sedangkan kita sebenarnya insan asing dalam dunia ciptaan kita sendiri..
Mengapa persoalan cinta ini tiada penghujungnya? Adakah itu petanda sebenarnya diri ini tegar menanggung cinta biarpun hanya dibayangi diri sendiri..
Perlukah dikongsi cinta itu sedangkan hakikat mengajar supaya memenuhkan diri dengan sejuta macam cinta supaya tidak kecewa atau dikecewakan di kemudian hari..
Cukuplah diri penuh dengan perasaan cinta milik sendiri semata-mata untuk terus berdiri dan masih teguh membawa sinar senyuman ke serata alam..

No comments:

Post a Comment