Monday, February 27, 2012

Kuat!

Episod kehidupan kian mencabar..aku harus menjadi kuat dan terus kuat dalam mengharungi setiap cabaran yang melanda..alhamdulillah, somehow aku dh dapat rasakan kekuatan jiwa yang entah dari mana..aku sudah mula menebalkan pertahanan diriku daripada terus dikuasai oleh keadaan..

Sekarang aku akan tersenyum jika sesuatu itu mencuit hatiku..aku akan ketawa bila mana aku rasa kelakar, tanpa aku peduli perlukah aku berkongsi kegembiraan hati ku..ah, pedulikan..aku ketawa sorang2 pun sekurang2nya aku bahagia..

Sekarang juga aku sukar nak bersedih..itulah..somehow aku pun x tahu kenapa..aku kian menebalkan pertahanan perasaanku kerana aku mahu hidup gembira selagi aku hidup..aku tak perlu memikirkan sesuatu masalah keterlaluan hingga menjejaskan naluriku..yang penting, ada seorang puteri manis yang akan turut tersenyum apabila melihat mommy nya tersenyum..

Sekarang, aku rasa dah berada pada pertimbangan emosi yang paling stabil..dulu aku mungkin mendahulukan insan2 lain dalam hidupku..sekarang mungkin aku juga turut melihat keperluan aku melebihi keperluan individu lain..and yet, aku dh malas nak membincangkan soal emosi..malas nak fikir sesiapa bakal bersedih dengan perkembangan aku kini..aku telah melalui banyak dalam kehidupan ini..somehow, aku sekarang hanya menantikan bilakah kesudahan hidupku ini..aku tak mahu lalai dalam mengingati mati..jadi, selagi hayatku ini, aku mahu mengekalkan keharmonian hidup dengan seluruh insan di sekelilingku..berusaha menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri..dan aku mahu memandang tinggi pada maruah dan pendirian hidupku..so be it..aku hanya perlukan kasih sayang Allah yang memandangku dengan rahmat saban waktu..dengan kurniaanmu Allah, maka aku kini kuat!!

No comments:

Post a Comment