.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

Wednesday, January 25, 2012

Friday, January 13, 2012

medan perasaan..

sunyi..dan sepi..kenapa ketika detik ini hatiku memainkan irama syahdu..kenapa pula aku harus memilih persada ini untuk menyuarakan kepedihan..inikah sebenarnya karya sebuah diri yang mengaku cekal..insyaAllah, sebenarnya penulisan ini adalah untuk mencari semula sebuah perkataan 'tabah' yg mgkin jatuh, tersepak dan terpelanting daripada sudut hati..

aku wanita yang berpandu arah akal dan naluriku sendiri..aku wanita yang diciptakanNya berbekalkan impian murni..laluan masa tiada kusedar..lalu serentak ku mengatur langkah...mungkin dalam langkah demi langkah ini tersirat cerita yang inginkan perhatian atau mungkin ianya hanya perlu diketahui oleh insan lain..atas dasar perkongsian dan luahan rasa..dan selebihnya biar Allah sahaja yang mengetahuinya...

Terkilan..

Dalam kehidupan ini, haruskah kita mempunyai sikap tidak ambil kisah tentang sesuatu perkara? Kadangkala hanya kita yang berusaha memperbaiki keadaan sedangkan tidak diambil peduli oleh insan lain..Sebenarnya, semua perkara adalah senang jika disenangkan..dan menjadi sukar jika disukarkan..dan jika kita mula memilih untuk hidup dalam sesuatu keadaan, bergantunglah seteguhnya pada kekuatan diri kita..jika kita mahukan kesukaran untuk menduga nilai dalam diri kita, maka haruslah ditempuhi dengan sejuta kejerihan..

Lumrah yang berlaku pada hari ini..zaman ini, segala cerita dikongsi pada laman sosial hingga menyebabkan ramai orang mampu menilai bagaimana diri kita sebenarnya..jika pada blog peribadi seperti ini, mungkin kisah hidup kita cuma dibaca hanya oleh insan yang menganggap kita penting dalam hidupnya..semalam, aku sendiri sudah mengetahui tentang sesuatu perkara..tentang kehilangan yang sebenarnya tidak hilang..masih tidak hilang dan masih berada mungkin di sini..menemani dalam sepi..dan aku terharu akan setiap perbuatan diam yang mempunyai sejuta makna tersirat..walaupun tidak mungkin untuk ku gapai nikmat hadirnya di alam nyata...

Semakin aku menilai erti hidup..semakin sering aku mengalami kehilangan demi kehilangan seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini..cuma aku bukan individu yang terlalu ghairah membuka setiap percikan perasaan aku tentang apa yang mungkin tidak pembaca sekalian ketahui..kebahagiaan aku, mungkin hanya itu yang mahu kucanangkan seantero dunia..manakala dunia dukaku, biarlah aku sendiri yang menempuh perjalanannya...jika kedukaan itu membuat sarang penyakit dalam diriku, alhamdulillah mungkin itu bentuk hukuman untuk diriku..aku sepenuh rela menerimanya daripada Allah..

Buat masa ini, ketika blog ini kukarang, insan comel kesayanganku setia menemani..biar dirundung sejuta kesakitan kerana keadaan kesihatanku yang tidak menentu saat ini, aku akan terus kuat untuknya..aku memohon padamu Allah semoga puteriku akan menghargai cinta dan kasih sayangku sepanjang hidupnya sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir satu hari nanti..semoga aku akan mampu tersenyum ketika ajalku saat mengenang keikhlasan cinta yang pernahku hadiahkan kepada sekalian insan di dunia ini walaupun kehadiran aku kini mungkin tidak lagi dihargai..

Tuesday, January 10, 2012

kehilangan..

sunyikah hidup jika mengalami kehilangan demi kehilangan..sesetengah kehilangan, hanya diri yang mengerti dan menanggung setiap kesedihannya..adakah ia juga petanda, diri ini harus dihilangkan buat seketika mgkin untuk menilai erti kerinduan daripadanya yang hilang..namun sekali-kali tidak mungkin untuk diri ini menjadi sepertinya yang hilang kerana jati diriku masih mahukanku kekal di sini..menghitung hari walaupun rindu menggigit sanubari dan meratah setiap sisa perasaan yang ada..mgkin lama kelamaan perasaan ini akan pudar sendiri akibat matang dibasuh keadaan..

aku masih di sini hampir setiap hari..walau hilang perasaan mengharap kehadiran pada apa2 yang hilang, aku akan terus di sini..aku tidak akan mungkin sekali2 mengoyakkan kenangan dan membuang jauh dari lubuk hatiku..aku mgkin akan menerima segala kehendak takdir kerana aku mahu mati sebagai insan mulia di sisi Ilahi..hanya Allah yang tahu apa yang berlaku dalam perjalanan hidupku dalam menanggung kehilangan itu..dan bagi yang pergi meninggalkan kamus hidupku, takkan pernah akan ku halang pemergian itu..air mata ini sudah tiada makna lagi di sisinya dan kini ia bertakung sunyi jauh di dalam hatiku..dan apabila ia kering, maka akan putuslah nilai2 kasih yang pernah disemai..dan akan ranaplah sebuah penantian..

Monday, January 9, 2012

Masa berlari..

"..Perjalanan masa kian pantas..hari demi dari dilalui disulami kecekalan dan ketabahan..setiap dugaan yang melanda diselangi dengan bentuk2 rahmat yang lain yang lebih membahagiakan.."

Hari ini hari ke 2 kami berjauhan daripada permata hati..kesungguhan tok mommy nak menjaga Icha, kami dahulukan..selebihnya tinggallah mommy dan daddy dalam kerinduan yang berpanjangan..tapi alhamdulillah, icha menyenangkan tok mommy+tok daddy dan mama fafa setakat ni..takde meragam dan maintain adorable..

Mommy dan daddy terpaksa akur kadang2 kami juga perlukan masa untuk diri kami sendiri..walaupun umur anakanda masih muda, lebih baik sebenarnya jika diasuh oleh tok mommy sekali sekala..Mommy dan daddy pun selalu melihat tok mommy bersedih jika berjauhan dengan cucunda tersayang..semalam jiwa semacam kacau..pukul 3 pun masih tak dapat melelapkan mata kerana biasanya icha bangun ketika itu..air mata berlinang mengingati setiap perlakuan dan kelembutan wajah sang puteri..tapi mommy harus relakan perasaan keibuan mommy kerana yakin icha selamat di sana..mommy masih ade daddy yang tak habis2 nak bermanja dengan mommy lebih2 lagi selepas icha ke sana 2 hari lepas..amboi daddy pun mgkin rasa diabaikan sedikit oleh kehadiran puteri..tapi sebenarnya kami masing2 ade peranan masing2 lepas kehadiran icha..mommy dan daddy alhamdulillah mengagihkan tugas dengan baik dan tak ade percanggahan antara keperluan kami dan keperluan anakanda..yang penting kami amat menyayangi icha sepenuh hati kami dan selalu berbual tentang masa depan icha..

Tuesday, January 3, 2012

Mommy cedih Raisa..

seriously mommy sedih hari ni sbb terpaksa tinggalkan puteri mommy kat pengasuh..mommy harap raisa doin' fine over there..mommy dah semalaman bengkak mata memikirkan raisa akan berjauhan dengan mommy bila mommy stat keje..kalo boleh mommy nak duduk tgk raisa all the times..mommy syg raisa sgt2..

Sharing Quotes..


"..Perkataan 'SELAMAT TINGGAL' tanpa sebab dan alasan adalah sesuatu yang MENYAKITKAN..
Tetapi sebuah CINTA yang hadir tanpa sebab dan alasan adalah sesuatu yang INDAH.."