.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 14, 2012

Love Without Saying..

Rasanya semua telah biasa dengan kalimah cinta yang diungkapkan..mungkin lumrah bagi kaum wanita untuk tenggelam dalam pesona asmara dalam menghayati ungkapan cinta dari sang pujangga..namun benarkah bagi kaum yang gagah perkasa, mereka sebenarnya tidak memerlukan sebarang ungkapan untuk yakin bahawa diri mereka sebenarnya dicintai..cukuplah layanan indah nan istimewa yang dapat menakluk seluruh jiwanya tentang erti cinta..

Love without Saying tu nampak seperti susah apabila yang menafsirkannya itu adalah seorang perempuan..namun, apabila ia ditafsirkan oleh seorang lelaki, ia nampak mudah kerana mereka biasa hidup di dalamnya..tentu bagi mereka banyak lagi yang boleh mereka fikirkan jika dibandingkan dengan cinta..sedangkan bagi kaum yang berjiwa halus dan sentimental seperti aku, cinta adalah segala2nya..aku suka mendengar kalimah cinta daripadanya yang menyayangi diri ini..sebaliknya aku mungkin kurang berucap tentang cinta kepadanya kerana aku pasti, dia dapat membaca hati ini yang terang-terangan memberi tafsir bahawa aku mencintainya sepenuh hati ini.....

No comments:

Post a Comment