.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 14, 2010

Elakkan diri daripada gangguan SYAITAN..

Berusahalah mengelak dari syaitan dengan cara:

(BERLINDUNG KEPADA ALLAH)
Beristi'azah merupakan ubat paling mujarab untuk setiap ganguan syaitan. Ia juga ubat untuk marah atau dendam yang ditimbulkan oleh syaitan yang dibenci Allah. Allah berfirman"
"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu ganguan maka mohon perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Fushilat 36).
Selalunya kita tidak sedar bahawa syaitan mengganggu kita atau menggoda kita atau mengajak kita melakukan yang buruk.Maka dengan itu dianjurkan sangat agar dalam apa perbuatanpun agar kita memohon perlindungan kepada Allah dan memulakan perbuatan itu dengan menyebut nama Allah.

MEMBACA SURAT : AL FALAQ & ANNAS
Uqbah r.a. berkata :Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tidakkah engkau tahu bahawa malam hari ini turun sejumlah ayat yang belum pernah ada seumpamanya,iaitu: Qul A'uzu birabbil-falaq dan Qur A'uzu birabbin-Naas." (H.R.Muslim)
Dalam kehidupan Rasulullah diceritakan bahawa Rasulullah setiap kali sebelum tidur malam akan membaca ayat Qul Huwallah Hu Ahad
Qul a'uzu birabbil falaq,.Qul A'uzu birabbinnas.dan menyapu tangan ke seluruh anggota.Antara kandungan maksud ayay ayat dari surah tersebut adalah memohon perlindungan dari bisikan syaitan.

MEMBACA AYAT KURSI
Ayat Kursi, di samping ia sebagai ayat paling agung kerana mengandungi dasar-dasar tauhid, juga ia laksana petir yang menyambar setiap syaitan yang mencuba-cuba mendekati seorang muslim saat ia membacanya menjelang tidur.
Rasulullah menyebutkannya sebagai ayat paling agung.Dalam hadis yang lain yang sangat panjang riwayat Bukhari menceritakan bahawa Abu Hurairah pernah menyatakan bahawa siapa yang membaca ayat kursi sebelum tidur akan dilindungi Allah dan dijauhkan dari syaitan.

AKHIR SURAT AL-BAQARAH
Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah ini dimalam hari,maka amanlah ia." (Sahih Muslim-Fadhaail al-Qur'an)
Amanlah di sini membawa maksud terpelihara dari syaitan dan terhindar dari berbagai bencana.

MENUNDUKKAN PANDANGAN
Memandang yang diharamkan oleh Allah merupakan satu pintu syaitan yang paling berbahaya. Dengannya iman menjadi lemah dan kelazatannya hilang.. dengannya pula fikiran menjadi keruh, akal pun tumpul. Oleh kerana itu ada pepatah mengatakan,sabar menahan pandangan mata, jauh lebih mudah dan lebih ringan daripada sabar menahan derita dan bencana yang diakibatkannya.Rasulullah bersabda:
"Tidaklah aku tinggalkan suatu fitnah (bencana) yang paling besar yang menimpa lelaki selain kerana wanita." (H.R.Muslim)
Pandangan kepada wanita adalah langkah pertama kepada kemaksiatan yang seterusnya. Jika kita dapat melawan langkah pertama ini,maka akan selamatlah kita dari kemaksiatan yang akan mendatang seterusnya.Jadi tundukkan pandangan kita sebagai usaha menentang syaitan.

DIAM DARI KATA-KATA KOTOR DAN SIA-SIA
Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan tentang pintu iblis ia itu percakapan agar mereka tidak terjebak ke dalamnya yang akhirnya meluncur ke neraka, Rasulullah bersabda:
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah ia mengucapkan kata-kata yang baik atau ia diam. Riwayat Bukhori
Dari kata-kata memang banyak membawa dosa seperti mengumpat orang lain,berbohong atau menambah-nambah cerita,membuat dan menyebar fitnah,gurauan yang menyakitkan hati dan sebagainya.Garis panduan yang diletak oleh Rasulullah ialah jika kita berkata,berkatalah yang benar,jika tidak, lebih baik diam. Diam itu adalah antara halangan kepada syaitan dari mengajak kita melakukan dosa.

PUASA
Antara jalan yang luas bagi syaitan menggoda manusia adalah menerusi nafsunya.Langkah yang baik dalam mengawal nafsu ialah Puasa.
Puasa akan menyempitkan ruangan bagi syaitan berlari dalam aliran darah dalam tubuh manusia.
Puasa juga mengurangkan nafsu syahwat.
Jadi puasa adalah jalan yang baik bagi mereka yang ingin mengawal nafsu.

NIKAH
Nikah merupakan satu cara untuk menutup pintu syaitan,kerana dengan menikah lebih terpelihara pandangan dan kemaluannya, bernikah juga dapat mengelak gejolak nafsu syahwat.. Rasulullah s.a.w. bersabda
"Wahai segenap pemuda, barang siapa di antara kalian yang mampu menikah,maka menikahlah. Dan barangsiapa yang tidak mampu,hendaklah ia berpuasa, kerana berpuasa akan menjadi perisai baginya." (H.R Bukhari)

MEMPERKUKUHKAN IKATAN KEKELUARGAAN (IKATAN RUMAHTANGGA)
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air,lalu mengutus tenteranya. Yang paling dekat kedudukkannya di antara mereka dengannya yang paling besar fitnahnya. Salah seorang dari mereka yang diutus itu datang melapor kepadanya: Aku telah melakukan anu..anu..,tetapi sang iblis menyahut:Engkau belum berbuat apa-apa?Lalu yang lain datang melapor:Adapun aku tidak pernah meninggalkan orang itu hingga aku berjaya mencerai-beraikan dia dengan isterinya. Maka sang iblis mendekati-nya seraya berbisik: Ya bagus,..?"(Muslim)
Jelas bahawa syaitan juga sentiasa berusaha untuk memisahkan ikatan suami isteri menerusi berbagai cara.Bila dikukuhkan ikatan kekeluargaan,maka terhindarlah dari syaitan.

KATA-KATA LEMBUT DAN UCAPAN YANG BAIK
Kata-kata yang baik merupakan ubat untuk mengusir bisikan syaitan dari sebarang kejahatan Allah berfirman:
"Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku:Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka?" (Al-Isra':53)
Kata-kata yang baik dan lembut akan menyebabkan orang yang mendengar rasa gembira.Manakala kata-kata yang kasar akan membangkitkan kemarahan orang dan akan melukakan hati orang.Disinilah syaitan akan masuk dan menghasut.Lembutkan kata-kata akan mengelak dari syaitan.

SENYUMAN YANG LEMBUT
Murah senyuman ini dijadikan oleh Rasulullah sebagai amal kebajikan (ma'aruf) dengan pesannya:
"Janganlah engkau meremehkan yang ma'aruf sekecil apapun sekali pun berupa engkau menjumpai saudaramu dengan muka yang manis." (H.R.Muslim)
Jelas dari hadis diatas menyatakan bahawa bermuka manis akan mengelakkan dari berbagai buruk sangka bahkan akan merapatkan hubungan sesama manusia.

INFAQ FI SABILILLAH
Rasulullah bersabda:
"Tidaklah para hamba berada di Subuh hari melainkan dua orang melaikat turun. Salah seorang dari keduanya berdoa: Ya Allah berilah ganti orang yang berinfaq,yang lain pula berdoa:Ya Allah berilah kebinasaan orang yang menahan harta (kedekut)." (H.R. Muttafaq Alaih).
Hadis diatas jelas membawa maksud bahawa orang yang sentiasa memberikan sumbangan hartanya untuk jalan kebajikan,akan dilindungi oleh Allah.Sedekah jariah adalah satu dari cara menghindarkan syaitan.

ZIKRULLAH
Seseorang yang selalu ingat kepada Allah dan sedar bahawa Allah sentiasa mengawasinya setiap saat dan dimana saja dan bahawa seluruh gerak-geri dan perbuatannya dicatat oleh Allah, maka sukar baginya untuk berbuat maksiat. Rasulullah bersabda:
"Tidaklah si penzina beriman saat ia berzina,dan tidaklah si pencuri beriman saat ia mencuri, hatta tidaklah si peminum arak beriman ketika ia minum." (H.R.Muslim)
Sesungguhnya mereka melakukan perbuatan maksiat itu ketika mereka tidak beriman atau ketika mereka telah lupa kepada Allah.

"maka , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan" (ar-rahman)

No comments:

Post a Comment