.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, September 13, 2009

Nilai Sekeping Hati..


Duhai hati..
apabila datang suatu perasaan indah
engkau tersenyum bahagia..

Duhai hati..
sebaliknya jika dirundung duka,
air mata mengalir lesu dipelusuk kalbumu..

Satu ketika dahulu, diri bertanya..
Tega kah sekeping hati dikoyakkan demi kerana masa..
Tega kah membiar sekeping hati merintih duka..
Tega kah menggadai sesuci hati demi kerana cita-cita..

Ilahi mentakdirkan..
Hati tulusmu milik dia yang memilikimu secara hak
Hati sucimu takkan pernah lagi dirobekkan

Kini
Hati mu yang penuh limpahan kasih dan cinta,
Kini hatimu bertemu sebuah hati yang sama..
Dimiliki pemilik yang memilikimu dengan sebuah kalimah cinta
Sebuah perjanjian yang bersaksikan akad yang mulia..



1 comment:

  1. jika kita mengunakan imiginasi kita untuk mengingati seseorg maka gelombang arus imiginasi itu bakal di terima oleh org yg kita ingati itu.. secara tak langsung org tersebut dapat merasai ape yg kita rasa...

    ReplyDelete