.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 9, 2009

Jadual Kehidupan



Alangkah penatnya seharian masa dihabiskan di klinik..ada atau tidak pesakit bukanlah alasannya..duduk-duduk menunggu pesakit pun boleh memenatkan minda..mujurlah kedatangan teknologi seakan memahami..sekurang2nya laptop di meja menjadi tempat mencurah segala maksud hati..mungkin ramai menyedari, pada bulan puasa begini kerjaya sebagai pegawai pergigian (Dr.Gigi) agak menyeronokkan..terutama di saat berpuasa dan keletihan, banyak betul masa untuk kami berehat..mana tidaknya, pesakit kami kurang datang mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri batal puasa atau makruh..”..betul jugak tu..”..dan pada sebelah malam, kerjaya kami sesetengahnya beroperasi semula di klinik2 pergigian swasta..

Terkadang seakan kehabisan modal untuk menulis..tetapi sebenarnya perjalanan kehidupan itulah yang menjadi intipati penulisan saya di sini…pada setiap kehidupan yang dilalui, terdapat relung-relung dan ranjau yang menjadikan sesuatu kejadian hidup itu menarik..suka dan duka bersilih ganti..daripada zaman anak dara sampai la sekarang, segala ranjau kehidupan nampaknya telah dilalui dengan baik..sedikitpun tidak berburuk sangka kepada sebarang ketentuan Ilahi, alhamdulillah..pada saya pahit dan manis sama pentingnya..contohnya pada ketika sedih berjauhan dengan insan tersayang, saya masih dapat merasa sebuah kasih sayang daripada sebuah keluarga yang menerima saya seperti keluarga sendiri..walaupun saya tidak tahu sampai bila saya akan hidup berjauhan begini, sekurang2nya hidup saya kembali terisi..


1 comment:

  1. dream more, think high,analyze twice,choose best, plan perfect,
    Be confident, work hard, execute well..then success is Yours..

    Never expect things to happen:make them happen..
    never expect urself to be given a good value, create a value of UR own..
    UR born to succeed..

    ReplyDelete