.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 9, 2009

Cahaya Mata


Renung sejenak jauh ke dalam mata anak-anak ini..ternyata hidup mereka dilimpahi kasih sayang sejati yang mungkin tidak dapat dinikmati segelintir kanak2 di seluruh dunia ini..Pada senyuman mereka terkandung kelembutan sikap dan ciri-ciri anak yang baik..yang di dambakan setiap yang bergelar ibubapa..Pada renungan mata itulah terbit sebuah rasa yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata..sebuah perasaan kasih dan menjadi keinginan bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata walaupun sekian lama mendirikan mahligai kasih..yaya dan syasya, manis nama panggilan anak2 ini..semanis senyuman dan gelagat manja mereka yang mencuit hati..ingin selalu menatap kemanjaan itu.tetapi bukan selalu mendapat kesempatan..namun gambar ini cukup mengubat rindu di dada..sungguh anak-anak yang baik lahir hasil didikan sempurna ibubapanya..kepada abg dan akak yang sudi meluangkan masa bersamaku, tiada ucapan yang mampu diucapkan kerana sebesar hati ini terlalu senang dengan kehadiran kalian..jutaan terima kasih kerana sudi mengisi kekosongan hidup ini seketika sebelum kepulangan suami ke pangkuanku saban minggu..sekiranya inilah rintihan hati yang sepi bersendiri di rantau orang,

No comments:

Post a Comment