.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 9, 2012

Masa berlari..

"..Perjalanan masa kian pantas..hari demi dari dilalui disulami kecekalan dan ketabahan..setiap dugaan yang melanda diselangi dengan bentuk2 rahmat yang lain yang lebih membahagiakan.."

Hari ini hari ke 2 kami berjauhan daripada permata hati..kesungguhan tok mommy nak menjaga Icha, kami dahulukan..selebihnya tinggallah mommy dan daddy dalam kerinduan yang berpanjangan..tapi alhamdulillah, icha menyenangkan tok mommy+tok daddy dan mama fafa setakat ni..takde meragam dan maintain adorable..

Mommy dan daddy terpaksa akur kadang2 kami juga perlukan masa untuk diri kami sendiri..walaupun umur anakanda masih muda, lebih baik sebenarnya jika diasuh oleh tok mommy sekali sekala..Mommy dan daddy pun selalu melihat tok mommy bersedih jika berjauhan dengan cucunda tersayang..semalam jiwa semacam kacau..pukul 3 pun masih tak dapat melelapkan mata kerana biasanya icha bangun ketika itu..air mata berlinang mengingati setiap perlakuan dan kelembutan wajah sang puteri..tapi mommy harus relakan perasaan keibuan mommy kerana yakin icha selamat di sana..mommy masih ade daddy yang tak habis2 nak bermanja dengan mommy lebih2 lagi selepas icha ke sana 2 hari lepas..amboi daddy pun mgkin rasa diabaikan sedikit oleh kehadiran puteri..tapi sebenarnya kami masing2 ade peranan masing2 lepas kehadiran icha..mommy dan daddy alhamdulillah mengagihkan tugas dengan baik dan tak ade percanggahan antara keperluan kami dan keperluan anakanda..yang penting kami amat menyayangi icha sepenuh hati kami dan selalu berbual tentang masa depan icha..

No comments:

Post a Comment