.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 2, 2011

Taubatku..

Termanggu membaca artikel berkenaan Hikmah Bertaubat oleh Mommy AlyaFarisya..sedar tak sedar dalam kehidupan kita, kita hanyalah manusia biasa yang takkan pernah dapat menghindari dosa dan kemungkaran..terpulang kepada kita untuk terus bergelumang dalam lubuk kehancuran atau kembali kepada Allah sebagai jalan penyudah..jiwa yang kacau sentiasa bersedia menerima keburukan dan sering menghindari kebaikan..walaupun dalam hati perkataan insaf dan takut pada Ilahi berulangkali mengingatkan diri supaya terus bertaubat atas segala salah dan silap, namun bahana nafsu sekali lagi terus merajai pentas kehidupan..

sering kita kecundang atas perkara keperluan dan kehendak..sedang firman Allah jelas mengatakan ;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Baqarah 2:216

sebenarnya apa yang tersurat di situ cukup jelas untuk kita mengerti dan mendalami..kalamuAllah merupakan penenang bagi hati yang bergelora..cukuplah Allah sebagai Tuhan yang tahu segala isi hatiku..aku mahu menyerahkan diri dan berdoa semoga Allah sentiasa memanduku ke jalan yang lurus dan diredhai..apabila dipalit dosa, aku sendiri berasa sesak nafasku..gementar tubuhku..mendengar guruh di langit juga mengundang risau takut jika aku dipanah petir dan tak sempat bertaubat..seolah aku melihat api yang menyala2 mahu menyambarku..apa sahaja kesalahan yang aku lakukan sepanjang aku bergelar makhluk, aku mohon sedalam2 keampunan dariMu Allahu rabbi..

sesungguhnya ya Allah, apa yang telah Engkau berikan kepadaku adalah sebaik2 perkara dalam dunia ini..dan tak perlu untukku berpaling dan ingkar pada bahagia yang sememangnya khas buat diriku daripadaMu..Engkau telah cukupkan segala keperluan hidupku..mencurahkan aku dengan nikmat kesenangan hidup dan nikmat sihat, suami yang baik, keluarga yang bahagia dan rakan taulan yang mengagumkan..tanpa aku sedari, aku hidup dalam limpah rahmat kasihMu..dan aku tak perlu meminta lebih selain memohon dicukupkan olehmu Rukun Islam dan Rukun Imanku dan semoga aku Kau tempatkan di dalam syurgamu supaya aku dapat menjadi ketua bidadari kepada suamiku nanti..ya Allah, kabulkan doa dan harapanku..selamatkanlah aku, suamiku, keluargaku dan seluruh umat Islam di muka bumi ini daripada azab api neraka..ameen ya rabbal alamin...

1 comment:

  1. ya Allah..bergenang air mata baca entry kakak...ya Allah,,selamatkn kami semua di dunia dan di akhirat! adik sayang kakak sgt2!!

    ReplyDelete