.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 1, 2011

Perubahan..


Berarak awan memasuki Disember 2011..perubahan demi perubahan pada alam dirasakan begitu ketara..apatah lagi tentang apa yang berlaku dalam pentas kehidupan..segalanya bakal berubah corak dan mengikut percaturan qada' dan qadar Ilahi..alam menyaksi..diri menghadiri segala macam perkara yang melanda di kamus hari..tetap seorang diri tenang menghadapi dan berdebar menanti akan setiap rencana yang belum dimaklumi akan berlaku..diri kian tegar menjalani hari dengan masih mengekalkan senyum di raut wajah..segala yang positif diterima sebulat akal dan yang negatif terus difikirkan cara penyelesaian..apabila fikiran sudah mula sejernih titisan embun pagi, segala dirasakan sebenarnya berseri..walau pahit walau sesulit mana, jiwa dengan senang cuba mengerti dan mendalami..maka perubahan demi perubahan akan segera merubahku menjadi setenang-tenang ciptaan..menjadi sematang-matang insan dalam meniti arus duniawi..

No comments:

Post a Comment