.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, March 7, 2010

Mimpi lagi..

5.00am..suami telah selamat bertolak ke KT..alhamdulillah, aku dapat menyempurnakan lagi sebuah tanggungjawab sebagai isteri..aku sangat mengharapkan keredhaan daripada suamiku atas kasih sayangku terhadapnya selama ini..

tidurku pagi tadi, bukan semudah biasa..tapi akhirnya aku terlena juga..ntah kenapa kebelakangan ini mimpi-mimpiku berlainan..tetapi membawa sebuah perasaan serupa..takut, sedih..sehinggakan bangunku termanggu..bukan bangun dengan senyuman seperti selalu..

rasanya telah kuceritakan padamu,insan kesayanganku..mimpiku yang dulu berkisar kematian..seterusnya aku mimpikan teman lamaku yang telahpun meninggal dunia..selanjutnya pagi tadi..aku bermimpi rumahku dipecah masuk..walaupun aku tidak diapa2kan tetapi ianya sesuatu yang membuatkan diriku dalam keresahan..aku tahu, kebanyakan kamu tentu menganggap semua ni perkara biasa..permainan tidur..tidurlah dengan berselawat dan membaca kursi..jangan terlalu fikirkan semua itu..tetapi apa yang aku alami dalam mimpi itu bukan dirasai mereka..mudah untuk memberi kata penenang..tapi bukan mudah untuk berada di sisiku dan memelukku untuk memberi sejuta perlindungan perasaan..

sewaktu mimpiku tentang kematian, alhamdulillah suami berada rapat denganku..memelukku dan meminta aku beristighfar..tidurku selepas itu dalam pelukannya yang hangat dan mendamaikan..tetapi bila aku bersendiri..aku tahu aku hanya bergantung kepada kekuatan rohani dan emosiku sendiri..aku bercerita dan bercerita untuk meringankan sedikit tekanan yang dibuat oleh kehadiran mimpi begitu..dalam masa yang sama aku masih tertanya-tanya, adakah alamat atau petanda yang dibawa dalam sebuah mimpi..adakah arwah sahabatku meminta pertolongan dariku dalam mimpinya yang menunjukkan wajah muram dan langsung tiada perbicaraan di antara kami..sehingga kini aku masih dapat melihat wajahnya yang sayu..memandangku seperti meminta sesuatu..

duhai insan kesayanganku..damaikanlah hatiku..temanilah diriku dalam ingatan dan doamu..lindungilah diriku dalam cinta dan kasih sayangmu..aku sesungguhnya mahu hadirmu menenangkan dan mengisi kesepianku..aku tetap menunggu kehadiranmu..

No comments:

Post a Comment