.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 7, 2009

Naluri..


Kadang2 aku jadi tak mengerti tentang persoalan hidup..Tentang mengapa wujudnya individu yang tidak pernah senang dengan kesenangan hidup individu lain..Kenapa perlu wujud hasad dengki sedangkan hidup di dunia ini hanya pinjaman semata-mata..Jauh di sudut hatiku, sementara aku masih bernyawa, aku mahu mengutip sebanyak mungkin kebahagiaan dunia terutamanya kemanisan hubungan sesama manusia..aku seorang insan yang pada setiap langkahku memikirkan tentang episod abadi seorang manusia iaitu alam kematian dan roh..sebuah keabadian yang pastinya indah bagi yang bersedia dengan segala bekalan..aku seorang manusia yang selalu ingin membahagiakan walaupun aku sendiri tidak dibahagiakan..cukuplah redha Allah buatku dan kupohon segala keampunan daripadaNya di atas segala tindak tandukku selama menumpang di bumi Tuhan..

No comments:

Post a Comment