.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 13, 2009

Rezeki..




Dalam kehidupan ini..pelbagai rezeki yang Allah berikan kepada kita..daripada rezeki dilahirkan sebagai ISLAM..mempunyai ibubapa penyayang, keluarga bahagia..rezeki mudah belajar sehinggalah ke rezeki mendapat pasangan yang baik..kebelakangan ni, saya semakin mengerti..semakin kita meniti hidup, semakin banyak kita dapat mengecapi kemanisan rezeki daripada Allah..rezeki yang kita terima berbeza-beza..kita hanya perlu menerima dengan redha..jika rezeki (cahayamata) yang dimaksudkan belum menjelma, mungkin Allah ada rencananya..mungkin juga kita sebenarnya belum ditakdirkan memegang tanggungjawab seberat itu..mungkin dalam menunggu kedatangan rezeki itu, Allah mahu kita belajar menilai harga sebuah pemberian..benar, sesekali terbit terkilan di hati apabila terdengar berita pembuangan bayi yang tak berdosa..bayangkan Allah mengurniakan zuriat kepada 'mereka' tetapi dibuang begitu sahaja..sedangkan bagi pasangan yang menunggu sekian lama untuk seorang cahayamata Allah duga sedemikian rupa..dari situ sahaja sudah dapat meneka teka-teki kasih sayang Allah terhadap kita, hambaNya..Kenapa Allah mentakdirkan sedemikian rupa sedangkan pasangan yang berkahwin telah bergaul secara halal di atas lafaz yang mulia..Kenapa mudah bagi mereka yang berzina Allah takdirkan berbadan dua..segalanya hanya Allah yang tahu..bagi kita makhluk ciptaanNya..haruslah terus yakin..Allah ada caranya yang tersendiri..

No comments:

Post a Comment