.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 16, 2011

Yang ingin ku tahu..



Apabila telah berada dalam sebuah perhubungan yang diikat oleh Allah Subhaanahu Wa Taala, kadang2 aku turut berasa rugi kerana lambat ditemukan dengan dia, kekasihku..banyak yang aku telah tertinggal dalam perjalanan mencarinya yang dijodohkan kepadaku oleh Allah..kami berkenalan pada usia 20 tahun dan dia menjadi sahabat yang rupanya menyukaiku dalam diam..kami sama2 menuntut ilmu..berada dalam kumpulan yang sama pada kebanyakan aktiviti kerana pangkal nama yang berdekatan..pada masa itu, hanya 2 lelaki termasuk dia yang berada dalam batch pergigian kami sebelum kami digabungkan dengan batch pergigian baru..

apa yang dia alami sebelum kami sama2 berkongsi dan meluah rasa adalah sesuatu yang ingin aku terokai..bagaimana kehidupannya, perjalanan harinya sering saja aku tertanya-tanya..jika kanak2 kecil berimpikan masuk ke alam kartun doraemon, memasuki mesin medan masa yang mampu membawa mereka masuk ke zaman dahulukala atau masa depan, begitu juga perihalnya dengan aku..aku mahu menyoroti kisah hidupnya sebelum aku memasuki dunianya..suka dukanya amat penting bagiku..aku mahu bersamanya ketika apa jua keadaan..melihatnya ketawa..tersenyum..bermuram dan menangis..jika ku tahu, dia adalah  milikku semenjak aku mengenal erti dunia, aku pasti akan berada di sisinya dan cuba menawan hatinya terlebih dahulu sebelum dia menawanku dalam cintanya..


perjalanan cinta kami mungkin dapat kukatakan sesuci hatinya..dia begitu menjaga setiap perbuatannya kerana memandang tinggi kepada maruah dan kehormatanku sebagai suri hatinya..kami pernah menaiki 1 kereta dan ketika aku mahu memakai seat belt, dia akan memberi ruang supaya kami tidak bersentuhan..tidak menyentuh walau seinci daripada kulitku dan walau sedikit pakaian yang kupakai..ketika kami berjalan bersama, sewaktu melintas jalan, dia masih menjagaku..meminta aku menyuakan plastik barang yang kubeli untuk dipegang olehnya di salah satu pemegang plastik tersebut..masih dia mengambilkira yang dia masih belum layak untuk menyentuhku kerana belum memilikiku secara mutlak..lalu siapakah lagi yang berhak memiliki diriku jika bukan dia yang begitu menjagaku dalam sedar ataupun tidak..setiap perbuatannya dari dulu kuteliti dan kuamati dan sesungguhnya ternyata tepat pilihan Allah buat diriku..

usia perkahwinan kami kini akan memasuki ulangtahun yang ke 6 pada 1.1.2012..tahun ke 5 perkahwinan adalah tahun yang penuh dugaan bagi kami dan telah berjaya kami tempuhi dengan usaha yang bukan sedikit..ketabahan dan kekuatan cinta semakin menyatukan diri kami kerana kami sudah mengenali antara 1 sama lain dengan jayanya..insyaAllah akan ada berita gembira buat kami memasuki tahun ke 6 perkahwinan kami..kami akan terus memanjatkan kesyukuran padaMu ya Allah atas segala bentuk kebaikan dan keburukan yang kami hadapi..jika baik, kami terima dengan redha, dan jika buruk pula, kami anggap ianya suatu dugaan atas kasih sayangMu ya Allah kepada kami..yang akan menguatkan lagi cinta dan kasih sayang kami..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment