Tuesday, November 8, 2011
Sebenar2 cinta..
Alhamdulillah..atas nikmat daripadaMu ya Allah, maka kami dapat merasai kemanisan cinta dalam hubungan yang telah Kau halalkan..kini, jiwaku kian tenang dan tenteram bersamanya dan teman baru kami-shiro..bersamanya ku alami erti kasih sayang dan cinta yang sebenar2nya..dari saat kami berkenalan, bercinta dan seterusnya berkahwin, ternyata dialah sebenar2 cinta yang Allah takdirkan hadir dan dapat kumiliki..sehingga kini aku masih dilamun cinta dan sering aku melihatnya dengan segala rasa kasih dan rasa bahagia yang sempurna..
Suamiku, buah hatiku..mungkin duniamu bukan bersamaku ketika aku leka berlayar di alam maya begini..namun seringku harap, selain ungkapan cinta yang sama2 kita ungkapkan saban hari, dirimu juga turut mengunjungiku di sini..bersama menyelami kata2 cinta biarpun kita sudah terlalu biasa hidup dalamnya..kerana cintaku padamu berlainan setiap hari..hari2 kita kadangkala direncana mekar berbunga dan kadangkala dilanda mendung..namun itulah corak yang mewarnakan sebuah ikatan perkahwinan yang suci..semoga kita sama2 hidup bahagia bersama2 kerana kita cuma perlukan "kau dan aku"..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment