Mungkinkah ciri-ciri yang ada dibawah ini yang membuatkan pasangan anda terpikat dengan anda atau anda rasa macam tak betul je apa yang disenaraikan ini.
1. RAMBUT PANJANG
Lelaki berambut panjang sering kali dikatakan sebagai seorang yang  romantik dan berjiwa lembut. Walau pun rambut panjang ala rocker sekali  pun dan nampak macam ganas, namun anda miliki hati yang mudah retak  (fragile) dan cukup mudah tersentuh. Ada wanita yang suka sekiranya  pasangannya berambut panjang (asal tidak menyerupai wanita dan tersisir  kemas) kerana ia bukan setakat nampak romantik tetapi juga seksi.
2. RAMBUT PENDEK ALA MILITARI
Tegas dan mungkin agak kasar. Itu seperti mana yang digambarkan  berhubung dengan lelaki berambut pendek ala militari ini. Tetapi ada  juga wanita yang sukakan gaya sebegini kerana ia seakan melambangkan  ciri-ciri maskulin seorang lelaki.
3. BOTAK
Nampak ganas dan  jahat, itu hanya luaran saja. Don’t judge the book by it’s cover. Tetapi  bagi sesetengah wanita, beranggapan lelaki botak sebenarnya memiliki  sifat kelakian yang kental, tahan cabaran tetapi masih terselit  kelembutan di dalam dirinya. Selalunya lelaki botak juga seorang yang  manja!
4. BERKUMIS
Nampak lebih matang, ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat. Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang yang manja dan tak lokek belaian. Untungnya wanita yang mendapat lelaki seperti anda!
5. BERMISAI
Wah! Macho tu bro! Kalau bermisai  lentik, lagi nampak lebih ganas dan garang. Tetapi hakikatnya tidak  bukan? Come on bro, buktikan yang anda juga seorang lelaki yang budiman  dan menghargai orang lain.
6. KURUS
Lelaki kurus sering  dikatakan memiliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding  dengan lelaki berbadan tegap. Dan lelaki kurus juga memiliki tahap  cemburu yang sukar untuk dibendung. Jaga-jaga, bro. Jangan sampai makan  diri sendiri.
7. BERISI
Anda dikatakan mempunyai  sifat penyayang yang lebih, berfi kiran jauh dan matang mengendalikan  hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus.  Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali  pun, pasti kekasih anda akan berasa selamat berada di samping anda.
Apa kata anda? Ada persamaankah?
No comments:
Post a Comment