.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 21, 2011

After the sunshine..


Sebenarnya hidup mmg penuh dengan permainan perasaan..benar, kita jualah yg mencorakkan segala macam makanan naluri..kita sendiri yang memilih untuk hidup samada dalam apa2 dunia..yang bahagia dan yang kelam..sedang kedua2 dunia berkenaan sebenarnya adalah saling berkait dan berhubung..jika kita tidak merasai keperitan, mana mungkin kita dapat merasai nikmat bahagia dan sentosa..

Entah kenapa, hari ni bangunku bersemangat..memakai pakaian dan berhias sekadarnya adat bekerja..tersenyum di dada cermin untuk melihat jati diriku buat memulakan hari..sesampai di tempat kerja, aku mulakan hariku dengan melayari blogku sendiri..melayani lagu sedetik lebih yang tiba2 memadamkan semua semangat pagiku..sebelum aku mula menaip pada keyboard ini, aku ulang-ulang mendengar lagu anuar zain yang sedang berkumandang..entah kenapa aku jadi hiba dan hilang segala mood, akupun tak pasti..yang aku tahu aku harus meluahkannya di sini..semasa semua insan lain sibuk bekerja, mana mungkin dapat ku curi masa mereka semata2 mahu mencurahkan perasaan..rasa sedih yang datang tiba2 sebenarnya payah nak dijelaskan..mungkin aku hanya perlukan bahu untuk menangis seketika tanpa meluahkan apa2 kerana akupun tak tahu apa punca aku bersedih..

Mungkin kerana sebelum ni aku digembirakan oleh suatu berita..aku mencari kepastian di sebalik sebuah hakikat..aku menggesa dan terus menggesa dengan penuh rasa teruja dan semangat yang entah dari mana..kemahuanku tentang sesuatu itu pada mulanya menggebu dan menzahir rasa ghairah supaya ianya cepat dapat digapai dan dicapai..aku menampakkan sangat seluruh kemahuan dan harapan yang tinggi..hari demi hari kulalui dengan angan yang masih kosong tak berisi..aku hampa..

Mungkin benar, sebenarnya belum masanya untuk aku rasa begini..penantian masih terlalu awal dan harus disulami usaha dan doa..dalam keadaan ma'zurah aku hanya mampu berdoa..tanpa dapat menunaikan solat hajat utk memohon dengan sepenuh permohonan dari yang Maha Esa..aku dapat rasa jiwa ini kian kosong dan kekeringan..pentingnya penantian itu kerana aku wanita..dan ia sifat semulajadi yang ditakdirkan Allah buat kaum sejenisku..akhirnya aku merawat lara dengan cuba pasrah dan berserah pada takdir Allah..aku redha untuk basah bersama hujan yang mencurah selepas sinar mentari pudar..

2 comments:

  1. Aygku, jgn risau ok.. insyaallah kita kena percaya yg rezeki itu sentiasa ada. bykkan berdoa agar dipercepatkannya. Syg sentiasa bersamamu dlm hal ini

    ReplyDelete
  2. terima kasih sayang..kerana selalu berada di sisiku menyisih luka dan air mata..cinta padamu takkan pernah padam sampai bila2 pun..walaupun nanti kita mgkin sibuk menguruskan dia yang bakal hadir, semoga semua ini semakin menambahkan seluruh perasaan cinta dalam diri kita..insyaAllah..

    ReplyDelete