.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 14, 2011

Redha


Sesungguhnya redha Allah lebih utama daripada redha seorang manusia..jika kita mengecewakan seseorang pada hari ini demi Allah, yakinlah seseorang itu juga akan turut mendapat rahmat di sisi Allah kerana dia dikecewakan kerana Allah..rasa kecewa atas sesuatu yang baik dan selaras agama boleh dikategorikan sebagai sebuah pengorbanan..pengorbanan itu manis jika dinikmati oleh kedua-dua hati..dan sengsara jika hanya dirasai oleh hati sebelah pihak..

Justeru kemaafan adalah dendam yang terindah bagi meleraikan kekusutan..hubungan yang terlerai jika payah diselamatkan, maka lenyaplah sebuah persahabatan..segala tindakan secara melulu sememangnya dapat meruntuhkan institusi silaturrahim..hanya kekuatan fikiran dan perasaan yang akan dapat memahami maksud sesuatu perbuatan..tenanglah wahai sahabat, jika kesalahan itu dari pihakku, maafkanlah..

No comments:

Post a Comment