.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 19, 2011

Monday, December 12, 2011

Kasih Suci

Kasih Suci

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh..
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti
Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai
Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci
Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Thursday, December 1, 2011

Perubahan..


Berarak awan memasuki Disember 2011..perubahan demi perubahan pada alam dirasakan begitu ketara..apatah lagi tentang apa yang berlaku dalam pentas kehidupan..segalanya bakal berubah corak dan mengikut percaturan qada' dan qadar Ilahi..alam menyaksi..diri menghadiri segala macam perkara yang melanda di kamus hari..tetap seorang diri tenang menghadapi dan berdebar menanti akan setiap rencana yang belum dimaklumi akan berlaku..diri kian tegar menjalani hari dengan masih mengekalkan senyum di raut wajah..segala yang positif diterima sebulat akal dan yang negatif terus difikirkan cara penyelesaian..apabila fikiran sudah mula sejernih titisan embun pagi, segala dirasakan sebenarnya berseri..walau pahit walau sesulit mana, jiwa dengan senang cuba mengerti dan mendalami..maka perubahan demi perubahan akan segera merubahku menjadi setenang-tenang ciptaan..menjadi sematang-matang insan dalam meniti arus duniawi..

Monday, November 28, 2011

Buat Bayi Kecilku..



Buah hati pengarang jantung mommy dan daddy..kami sudah bersedia menerimamu bersama kami hidup di dunia ini..insyaAllah..


Mommy dan daddy berdoa sebanyak2nya semoga Allah mengasihimu dan meletakkan ketabahan dan kekuatan bagi mommy dan daddy untuk membesarkanmu, sayang..


Kehadiranmu nanti bakal menghidupkan rasa cinta yang sedia ada dalam diri kami..kami juga akan menghadiahkan seluruh kecintaan ini buat dirimu, bayi kecilku..


Semoga kau akan dapat melihat dunia melalui pandangan kami..semoga kau akan menjadi insan kamil dan terpuji di bawah didikan kami dengan izin Ya Rahman..


Sesungguhnya kami sudah mula menyayangi dirimu dan menanti kehadiranmu untuk melengkapkan mahligai indah milik kami berdua..dan semoga dapat kau menikmati seluruh kasih sayang kami yang tak berbelah bahagi hanya untuk dirimu..


Friday, November 25, 2011

 
" Perempuan yg tabah tidak menangis utk dilihat, utk disimpati "
" Perempuan tabah itu menangis di dalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap belas Ilahi.."

Wednesday, November 23, 2011

Mommy+Daddy to be..

Alhamdulillah..semalam aku dan hubby dah buat sedikit pembelian..tupun dah mencecah ratusan..simple2 things that we collect in advance of receiving our 1st baby soon..Semalam dah beli:
1. Set Tilam
2. Pakaian Putih 2 pasang.. (panjang+pendek)
3. 2 Bottles 4 oz
4. Baby Binder
5. Sarung tangan dan stokin putih
6. Set Mandian (Bath Milk, Foam, Lotion+ Powder)

Emm, mgkin esok akan buat pembelian lagi..hubby kata nak shop kat Kuantan coz nak pilih barang, cam banyak choice sket la..hubby sgt excited dan dia yang paling cerewet nak shop mcm2..semalam dah buat list untuk barang yang akan dibeli nanti..nanti kalo ade masa, aku akan uploadkan gambar persiapan kami..esok mungkin kami akan beli :
1. Selimut+Towel 
2. Baby Mat
3. Baby traveling bag
4. Flask+Warmer
5. Baby Wipe+ cream
6. Pakaian lagi..
7. Baby Cradle
8. Kelambu...

Emm..so excited..sekarang duk kronik fikir nama baby lak..Kalo boleh nak nama yang ade pangkal nama kami..
1. Nadhir Aryan Rahimi? (aryan; kekuatan penuh, rahimi: kesayanganku)
2. Nur Arissa Raisha? (arissa: azam/kuat, Raisha: pemimpin/raja)
3. Nadhira Rafeeqa? (nadhira: yang berseri-seri, rafeeqa: sahabat, kekasih)
4. Nadhir Rafiqie?( nadhir: elok/indah, rafiqie : pendampingku)
5. Asyraff Rafiqie?? asyraf: yang mulia)
6. Adreanna Raisha?(adriana: nisbah,)

Emm..ape lagi ye nama yang sesuai..kata hubby x perlu nak bahasa arab..asal nama tu baik dan kami suka..boleh pilih la..tapi kat atas ni semua ada makna..emm, mana satulah nama baby kami nanti ni.. ;-)

Monday, November 21, 2011

After the sunshine..


Sebenarnya hidup mmg penuh dengan permainan perasaan..benar, kita jualah yg mencorakkan segala macam makanan naluri..kita sendiri yang memilih untuk hidup samada dalam apa2 dunia..yang bahagia dan yang kelam..sedang kedua2 dunia berkenaan sebenarnya adalah saling berkait dan berhubung..jika kita tidak merasai keperitan, mana mungkin kita dapat merasai nikmat bahagia dan sentosa..

Entah kenapa, hari ni bangunku bersemangat..memakai pakaian dan berhias sekadarnya adat bekerja..tersenyum di dada cermin untuk melihat jati diriku buat memulakan hari..sesampai di tempat kerja, aku mulakan hariku dengan melayari blogku sendiri..melayani lagu sedetik lebih yang tiba2 memadamkan semua semangat pagiku..sebelum aku mula menaip pada keyboard ini, aku ulang-ulang mendengar lagu anuar zain yang sedang berkumandang..entah kenapa aku jadi hiba dan hilang segala mood, akupun tak pasti..yang aku tahu aku harus meluahkannya di sini..semasa semua insan lain sibuk bekerja, mana mungkin dapat ku curi masa mereka semata2 mahu mencurahkan perasaan..rasa sedih yang datang tiba2 sebenarnya payah nak dijelaskan..mungkin aku hanya perlukan bahu untuk menangis seketika tanpa meluahkan apa2 kerana akupun tak tahu apa punca aku bersedih..

Mungkin kerana sebelum ni aku digembirakan oleh suatu berita..aku mencari kepastian di sebalik sebuah hakikat..aku menggesa dan terus menggesa dengan penuh rasa teruja dan semangat yang entah dari mana..kemahuanku tentang sesuatu itu pada mulanya menggebu dan menzahir rasa ghairah supaya ianya cepat dapat digapai dan dicapai..aku menampakkan sangat seluruh kemahuan dan harapan yang tinggi..hari demi hari kulalui dengan angan yang masih kosong tak berisi..aku hampa..

Mungkin benar, sebenarnya belum masanya untuk aku rasa begini..penantian masih terlalu awal dan harus disulami usaha dan doa..dalam keadaan ma'zurah aku hanya mampu berdoa..tanpa dapat menunaikan solat hajat utk memohon dengan sepenuh permohonan dari yang Maha Esa..aku dapat rasa jiwa ini kian kosong dan kekeringan..pentingnya penantian itu kerana aku wanita..dan ia sifat semulajadi yang ditakdirkan Allah buat kaum sejenisku..akhirnya aku merawat lara dengan cuba pasrah dan berserah pada takdir Allah..aku redha untuk basah bersama hujan yang mencurah selepas sinar mentari pudar..

Saturday, November 19, 2011

there's a time..


when it hurt the most..(u just hv to accept..)
when the heart felt miss..(u just hv to close ur eyes and imagine..)
when ur ears heard the voice..(u just hv to listen to the music and flying..)
when u felt down and sorrow..(u just talked to Allah coz He always there..and never leave u..)

Wednesday, November 16, 2011

emm...

Alhamdulillah..kini hidupku lebih tenang dan aman...

Yang ingin ku tahu..



Apabila telah berada dalam sebuah perhubungan yang diikat oleh Allah Subhaanahu Wa Taala, kadang2 aku turut berasa rugi kerana lambat ditemukan dengan dia, kekasihku..banyak yang aku telah tertinggal dalam perjalanan mencarinya yang dijodohkan kepadaku oleh Allah..kami berkenalan pada usia 20 tahun dan dia menjadi sahabat yang rupanya menyukaiku dalam diam..kami sama2 menuntut ilmu..berada dalam kumpulan yang sama pada kebanyakan aktiviti kerana pangkal nama yang berdekatan..pada masa itu, hanya 2 lelaki termasuk dia yang berada dalam batch pergigian kami sebelum kami digabungkan dengan batch pergigian baru..

apa yang dia alami sebelum kami sama2 berkongsi dan meluah rasa adalah sesuatu yang ingin aku terokai..bagaimana kehidupannya, perjalanan harinya sering saja aku tertanya-tanya..jika kanak2 kecil berimpikan masuk ke alam kartun doraemon, memasuki mesin medan masa yang mampu membawa mereka masuk ke zaman dahulukala atau masa depan, begitu juga perihalnya dengan aku..aku mahu menyoroti kisah hidupnya sebelum aku memasuki dunianya..suka dukanya amat penting bagiku..aku mahu bersamanya ketika apa jua keadaan..melihatnya ketawa..tersenyum..bermuram dan menangis..jika ku tahu, dia adalah  milikku semenjak aku mengenal erti dunia, aku pasti akan berada di sisinya dan cuba menawan hatinya terlebih dahulu sebelum dia menawanku dalam cintanya..


perjalanan cinta kami mungkin dapat kukatakan sesuci hatinya..dia begitu menjaga setiap perbuatannya kerana memandang tinggi kepada maruah dan kehormatanku sebagai suri hatinya..kami pernah menaiki 1 kereta dan ketika aku mahu memakai seat belt, dia akan memberi ruang supaya kami tidak bersentuhan..tidak menyentuh walau seinci daripada kulitku dan walau sedikit pakaian yang kupakai..ketika kami berjalan bersama, sewaktu melintas jalan, dia masih menjagaku..meminta aku menyuakan plastik barang yang kubeli untuk dipegang olehnya di salah satu pemegang plastik tersebut..masih dia mengambilkira yang dia masih belum layak untuk menyentuhku kerana belum memilikiku secara mutlak..lalu siapakah lagi yang berhak memiliki diriku jika bukan dia yang begitu menjagaku dalam sedar ataupun tidak..setiap perbuatannya dari dulu kuteliti dan kuamati dan sesungguhnya ternyata tepat pilihan Allah buat diriku..

usia perkahwinan kami kini akan memasuki ulangtahun yang ke 6 pada 1.1.2012..tahun ke 5 perkahwinan adalah tahun yang penuh dugaan bagi kami dan telah berjaya kami tempuhi dengan usaha yang bukan sedikit..ketabahan dan kekuatan cinta semakin menyatukan diri kami kerana kami sudah mengenali antara 1 sama lain dengan jayanya..insyaAllah akan ada berita gembira buat kami memasuki tahun ke 6 perkahwinan kami..kami akan terus memanjatkan kesyukuran padaMu ya Allah atas segala bentuk kebaikan dan keburukan yang kami hadapi..jika baik, kami terima dengan redha, dan jika buruk pula, kami anggap ianya suatu dugaan atas kasih sayangMu ya Allah kepada kami..yang akan menguatkan lagi cinta dan kasih sayang kami..insyaAllah..

Guess We're ready..














Monday, November 14, 2011

Dia Pilihanku..


He's a Doctor...


Redha


Sesungguhnya redha Allah lebih utama daripada redha seorang manusia..jika kita mengecewakan seseorang pada hari ini demi Allah, yakinlah seseorang itu juga akan turut mendapat rahmat di sisi Allah kerana dia dikecewakan kerana Allah..rasa kecewa atas sesuatu yang baik dan selaras agama boleh dikategorikan sebagai sebuah pengorbanan..pengorbanan itu manis jika dinikmati oleh kedua-dua hati..dan sengsara jika hanya dirasai oleh hati sebelah pihak..

Justeru kemaafan adalah dendam yang terindah bagi meleraikan kekusutan..hubungan yang terlerai jika payah diselamatkan, maka lenyaplah sebuah persahabatan..segala tindakan secara melulu sememangnya dapat meruntuhkan institusi silaturrahim..hanya kekuatan fikiran dan perasaan yang akan dapat memahami maksud sesuatu perbuatan..tenanglah wahai sahabat, jika kesalahan itu dari pihakku, maafkanlah..

Thursday, November 10, 2011

Days of PAIN..

Dear diary..sumtimes aku pun dh tak tahu nak anggap blog ni apa..cuma yang ada adalah luahan hati dan kadang2 terselit impian dan harapan yang terselindung di sebalik semua ini..aku hadir di sini saban hari kerana ini sebahagian drp hidupku..yelah, di zaman siber sebegini..agaknya diari pun dah boleh dalam bentuk ini..cuma bukan semua harus diceritakan di sini kerana ia terbuka kepada siapa sahaja yang menyinggah..

Hari ni ceritaku berkenaan sakit..yelah selalu jugak sakit 2,3 menjak ni..terbaru ni ataupun skrg ni tgh sakit sangat kat tekak+dada..sampai suarapun tak terkeluar..ka9lo tgk secara fizikal, aku nmpk mcm sihat2 je..tapi bila time cakap+batuk tu datang, huu, seksa..hubby dh bawak gi klinik+teman aku utk 1 hari..dia cuti..tapi still x sembuh..kalo ikutkan ni hari ke 4 aku suffer..malam tadi aku kacau lagi tido hubby ku dengan batuk yang tak habis2..kuat pulak tu..(huu malu dekat jiran..hopefully diorg x dengar laa..)..lebih kurang jam 5 pagi aku kejutkan hubby..mintak ubat..malam tadipun dia dh urut bukan setakat kat tekak kat dada je..tapi belakang dan kaki..(sayang betul hubby kat aku..) (aku pun sayang sgt kat dia..) heh..malu la pulak..tapi sebenarnya aku cukup bertuah memiliki dia..the love of my life..dia menerima semua tentang aku..kebaikan dan keburukan ku..dia menyempurnakan aku..sesungguhnya pilihan Allah yang paling hebat buat diriku yang serba kekurangan..

hmm..pagi ni, aku masih bersama shiro..setelah hubby menghantarku pulang drp klinik wan maihan..shiro skrg ni x habis2 membuatkan hidupku terasa penuh..ia akan mengikut ke mana saja aku pegi dalam rumah ni seolah2 pengiring pulak..hmm, sakit pun terasa ringan dengan kehadirannya..sesekali ia akan melompat atas keyboard laptopku (entah kenapa..jeles kot tgk mommy x tumpu perhatian kat dia)..hai shiro-shiro..

lepas ni aku nak kena packing barang..weekend ni kami ke penang lagi..buat kali ke 3..aku harap sakitku akan sembuh secepat mgkin coz nk kena tolong kenduri kawen nnti..emm..doakan aku ye..

Tuesday, November 8, 2011

Sebenar2 cinta..


Alhamdulillah..atas nikmat daripadaMu ya Allah, maka kami dapat merasai kemanisan cinta dalam hubungan yang telah Kau halalkan..kini, jiwaku kian tenang dan tenteram bersamanya dan teman baru kami-shiro..bersamanya ku alami erti kasih sayang dan cinta yang sebenar2nya..dari saat kami berkenalan, bercinta dan seterusnya berkahwin, ternyata dialah sebenar2 cinta yang Allah takdirkan hadir dan dapat kumiliki..sehingga kini aku masih dilamun cinta dan sering aku melihatnya dengan segala rasa kasih dan rasa bahagia yang sempurna..
Suamiku, buah hatiku..mungkin duniamu bukan bersamaku ketika aku leka berlayar di alam maya begini..namun seringku harap, selain ungkapan cinta yang sama2 kita ungkapkan saban hari, dirimu juga turut mengunjungiku di sini..bersama menyelami kata2 cinta biarpun kita sudah terlalu biasa hidup dalamnya..kerana cintaku padamu berlainan setiap hari..hari2 kita kadangkala direncana mekar berbunga dan kadangkala dilanda mendung..namun itulah corak yang mewarnakan sebuah ikatan perkahwinan yang suci..semoga kita sama2 hidup bahagia bersama2 kerana kita cuma perlukan "kau dan aku"..

Wednesday, November 2, 2011

Taubatku..

Termanggu membaca artikel berkenaan Hikmah Bertaubat oleh Mommy AlyaFarisya..sedar tak sedar dalam kehidupan kita, kita hanyalah manusia biasa yang takkan pernah dapat menghindari dosa dan kemungkaran..terpulang kepada kita untuk terus bergelumang dalam lubuk kehancuran atau kembali kepada Allah sebagai jalan penyudah..jiwa yang kacau sentiasa bersedia menerima keburukan dan sering menghindari kebaikan..walaupun dalam hati perkataan insaf dan takut pada Ilahi berulangkali mengingatkan diri supaya terus bertaubat atas segala salah dan silap, namun bahana nafsu sekali lagi terus merajai pentas kehidupan..

sering kita kecundang atas perkara keperluan dan kehendak..sedang firman Allah jelas mengatakan ;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Baqarah 2:216

sebenarnya apa yang tersurat di situ cukup jelas untuk kita mengerti dan mendalami..kalamuAllah merupakan penenang bagi hati yang bergelora..cukuplah Allah sebagai Tuhan yang tahu segala isi hatiku..aku mahu menyerahkan diri dan berdoa semoga Allah sentiasa memanduku ke jalan yang lurus dan diredhai..apabila dipalit dosa, aku sendiri berasa sesak nafasku..gementar tubuhku..mendengar guruh di langit juga mengundang risau takut jika aku dipanah petir dan tak sempat bertaubat..seolah aku melihat api yang menyala2 mahu menyambarku..apa sahaja kesalahan yang aku lakukan sepanjang aku bergelar makhluk, aku mohon sedalam2 keampunan dariMu Allahu rabbi..

sesungguhnya ya Allah, apa yang telah Engkau berikan kepadaku adalah sebaik2 perkara dalam dunia ini..dan tak perlu untukku berpaling dan ingkar pada bahagia yang sememangnya khas buat diriku daripadaMu..Engkau telah cukupkan segala keperluan hidupku..mencurahkan aku dengan nikmat kesenangan hidup dan nikmat sihat, suami yang baik, keluarga yang bahagia dan rakan taulan yang mengagumkan..tanpa aku sedari, aku hidup dalam limpah rahmat kasihMu..dan aku tak perlu meminta lebih selain memohon dicukupkan olehmu Rukun Islam dan Rukun Imanku dan semoga aku Kau tempatkan di dalam syurgamu supaya aku dapat menjadi ketua bidadari kepada suamiku nanti..ya Allah, kabulkan doa dan harapanku..selamatkanlah aku, suamiku, keluargaku dan seluruh umat Islam di muka bumi ini daripada azab api neraka..ameen ya rabbal alamin...

Tuesday, October 25, 2011

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS..

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new shirt anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Monday, October 10, 2011

Ilmu Untuk Kaum Adam


Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.