.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, August 27, 2011

What happen..


Salam..the past 25th was really wonderful..alhamdulillah, ramai teman berbesar hati memberi ucapan selamat buat diriku yang mencecah 30 tahun pada hari itu..rasanya tahun ni lambakkan ucapan telah aku terima and some of them were from unexpected person dan tak terkecuali,aku juga ada menantikan ucapan daripada teman-teman rapatku.. walaupun ada antara kelibatnya tidak kelihatan pada wall FB aku, aku redhakan saje..walaubagaimanapun, ucapan demi ucapan membuat aku lupa tentang penantianku itu..maybe ini sinar baru bagi aku menjalani usia genting 30 tahun..terkadang aku seakan tidak percaya bahawa perjalanan umurku kini bermula dengan angka 3..rupanya telah banyak yang aku lalui sebagai manusia yang hidup di bumi Allah ini..

Hari lahirku itu aku sedari bermula saat solat subuhku pada pagi itu..tiba2 aku bergenang air mata kerana aku tidak dikejutkan tidur pada waktu tengah malam saat detik jam memasuki angka 12.01 pagi..aku sedar yang aku telah berjauh hati kerana insan kesayanganku telah lupa akan hari bermakna bagi diriku..segera aku merawat duka itu dengan sujud syukur kerana walau apapun aku tetap bersyukur kerana dia ada bersamaku saban detik..rupanya dia menyedari perubahan sikapku yang membawa hati itu..seawal ceramah yang dia berikan pada pagi 25 hb itu, dia telah mengejutkan aku dengan berterus terang kepada semua hadirin akan kesilapannya yang membuat aku merajuk..walaupun bermula dengan tragis, namun akhirnya dia berjaya memarakkan senyuman dibibirku..jam-jam seterusnya aku lalui dengan senyuman sambil membalas tujahan ucapan di dada maya..hatiku berdetik, siapakah lagi agaknya yang masih ingin mengucapkan ucapan indah Selamat Hari Lahir buat diriku..dan seterusnya aku harus menerima setakat itu sahaja penantianku sehingga jam mencecah 12.01 pagi 26hb..

Hari Jadiku disambut dengan duka..diserikan dengan kejutan..diteruskan dengan penantian dan akhirnya ditamatkan dengan redha..Kami menyambutnya di Kenny Rogers dan selepas itu suami membeli kek Oreo Cheese dari Secret Recipe yang sangat delicious..alhamdulillah kek berjaya dikongsi bersama kedatangan keluarga mertuaku di kediamanku dan suami..masing2 memuji keenakkan kek itu..demikian perjalanan hariku sebagai wanita diambang 30 tahun..semoga Allah terus memperindahkan hariku walaupun mungkin beberapa keinginanku gagal dicapai pada hari itu..aku akan terus dan tetap bersyukur dengan kurniaan cinta dan kasih sayang daripada semua yang menyintai dan menyayangi diriku..

No comments:

Post a Comment