.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 2, 2011

ReUNION SKMT batch UPSR 1993

Alhamdulillah, melalui FB, aku jumpa jugak kawan2 lama aku..terimbas di ingatan raut2 nakal,molos dan seperti tiada masalah di wajah teman2 sewaktu usia 12 tahun..waktu itu kami tidak mampu berfikir, apa yang akan jadi pada kami setelah menginjak dewasa..kami bermain semahunya..belajar juga, alhamdulillah kami di kelas terbaik seluruh darjah 6 ketika itu..sepanjang perjalananku menuju alam kedewasaan, aku cuma bertemu segelintir daripadanya..dan tak ku sangka kawan baikku sendiri, zarina berada sealiran denganku menjadi pegawai pergigian dan bekerja dibawah satu jabatan denganku sekarang ini..

Kini, 18 tahun berlalu..semenjak famousnya FB, kami rupanya masih tidak dapat melupakan sebuah sejarah..seorang demi seorang kami jejaki sehingga terciptalah alumni SKMT..dan pada tahun ini juga, kami mungkin akan mencipta sejarah membuat reunion semasa raya nanti..apa yang mencuit hati, kami juga ada pengantin dari rakan2 sekelas kami, Yuswandy dan Ruhaida..Allahu Akbar, kecilnya dunia..singkatnya perjalanan..

Ada antara kami yang sudahpun beranak pinak, beristeri 2 serta tak kurang juga ada yang telah dimiliki dan ada juga yang masih mencari..paling aku bangga, semangat kawan2 dari kalangan lelaki nampaknya bakal memungkinkan dan merealisasikan reunion kami kali ini..insyaAllah, kami bakal berjumpa buat julung kalinya..dan aku berharap persahabatan kami akan sentiasa utuh seharum sebuah kenangan yang terindah yang pernah kami miliki...

4 comments:

  1. Salam eqa,br tgk blog eqa.ruhaida kawin dgn yuswandy?hoho.bila tu?tak dpt jemputan pun.kali terakhir jumpa ruhaida rsnya 5 thn lps kat kedai bunga dia.
    Suhaila

    ReplyDelete
  2. Suhaila..
    Lamanya lost contact,kan..since sy kawen tempohari..erm, kami pun tgh suspen ni..ntah bile la diorg kawen..tanya tarikh sorg pun x jawab..mcm misteri gitu..tu pasal la rekomen buat nasi minyak je masa reunion nanti..suhaila lak ape citer?duk kat mana skrg ni?dh brape org anak?leh join reunion kite tak nanti?

    ReplyDelete
  3. eqa..terbaek lah blog entri. huhuhu. nnt sila baca depang masa reunion deh. kire ucapan syahdu la gitu. hahaha. insyaAllah jadi kot reunion nih. walaupun dok ramai...hok mane ade lah. janji ukhwah kite tidak terputus hendaknya. :-)

    khairil

    ReplyDelete
  4. salam khairil (ketua kelas)..
    syahdu eh..huhu, mmg terharu dapat jumpa semua..dan yang paling penting, kawan2 masih mengingati antara 1 sama lain..bebaru ni tanya pasal muzaffar dgn abg dia, katanya afar kat US..fairuz pulak, kalo boleh awak tolong call dia ye..ni nombornya 0127140621..sy mintak dgn kakak dia..kebetulan 2 org kawan kita ni, abang dan kakak diorg 1 kelas dgn kakak saya..so that's why sy mintak dgn abg+kakak diorg..InsyaAllah kita jayakan reunion ni ye..

    ReplyDelete