.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 9, 2011

Seorang Lelaki..

Sukarkah mencari cinta sejati? Episod kehidupan memungkinkan kita berjumpa berjuta-juta manusia..namun bagi seorang wanita, kesudahannya adalah bersama seorang lelaki yang bernama suami..hanya seorang lelaki dalam hidupnya yang dapat menjadikannya insan mulia di sisi Allah dan ditakdirkan syurga jika dia taat dan patuh kepada lelaki itu..

Seorang lelaki..seharusnya pandai mencari ruang paling jauh di sudut hati wanita itu untuk menakluk seluruh jiwa raganya..seorang lelaki itu, bila dia tersenyum, hati wanitanya akan cair dan lemah..begitulah juga seorang lelaki itu, apabila setiap tutur kata dan perbuatannya diteliti oleh wanitanya, dia adalah sebenarnya lelaki yang paling bahagia di dunia ini kerana ternyata dia amat dicintai sepenuh hati..

Cukuplah cinta sebagai penjamin sebuah kesetiaan..dengan cinta, seorang lelaki dan wanitanya akan berasa aman di hati..tenang dalam perjalanan kehidupannya dan bahagia walaupun kadangkala diselangi rajuk dan usikan nakal..apabila agama dan cinta berada di kemuncaknya, insyaAllah, seluruh hidupnya akan dilindungi Allah dengan kesejahteraan hendaknya..insya Allah...

Seorang lelaki yang tujuan hidupnya adalah menuju Allah takkan pernah mempersiakan kewujudan wanita di sampingnya..walaupun berada jauh atau dekat, wanitanya adalah perkara yang tidak akan pernah hilang dari hati dan nalurinya..dia akan bercerita semahunya dan semuanya telus dikongsi bersama..seolah-olah dia tidak mempunyai kehendak untuk berkongsi kisah dengan manusia lain, selain wanitanya..

Dan apabila wanitanya melukai hatinya, hati seorang lelaki yang indah itu akan patah dan remuk..air matanya senang mengalir tanda kemurnian hatinya dan kekuatan cintanya..maka wajarlah wanita itu kembali sujud dan memohon 2 keampunan daripada Allah dan lelakinya itu selayaknya, dan kembali mewarnai hati yang calar dengan bunga-bunga cinta yang segar mewangi..menutur dengan sejujurnya.."kekasihku, cintaku memang tetap untukmu..sampai matipun hati ini akan berdetik namamu..sepanjang hidupku, kau telah hadir menjadi hari ini, esok dan semalam..semuanya adalah kenangan terindah yang telah berjaya kita lalui bersama..yakinlah pada kekuatan cinta dan hatiku ini..basuhlah air matamu supaya hilang segala penderitaan seiring kucupanku pada kelopak matamu..segala kesulitan ini hanya sedikit berbanding kebahagiaan yang telah dirimu curahkan..ternyata cintamu begitu kuat berbanding aku yang lemah ini..lalu, kupohon supaya dirimu terus memartabatkan aku agung di hatimu.."

Pengakhirannya seorang lelaki itu mula tersenyum..matanya masih digenangi mutiara jernih..wanitanya dipeluk dengan penuh rasa cinta..seolah-olah dia tidak mahu ada apa2 di antara dua jasad itu..Dan yakinlah olehnya, cinta itu indah..penuh disulami tawa dan duka..namun kedua2 perasaan itulah yang membuatkan pertalian cinta antara keduanya tetap kukuh dan indah..kerana mereka sama2 pandai menjaganya dan pandai menilainya..



2 comments:

  1. Ayangku, Percayalah bahawa suamimu ini akan sentiasa mencintaimu tidak kira apa.. Jgnlah bersedih selalu isteriku walaupun rajukmu relaku pujuk. suami akan sentiasa berbahagia andai dikau sentiasa membelaimu duhai permata hatiku

    ReplyDelete
  2. Sayangku..ayg mmg selalu bersyukur kerana syg mmg suami yang penuh dengan sikap penyayang dan jujur dalam percintaan kita..ayg bersedih hari tu sebenarnya memikirkan nasib kita yang belum dikurniakan cahayamata..namun sebenarnya syglah cahaya dalam hidup ayg..cinta syg menyinari rumahtangga kita sehingga kita berasa cukup lengkap..namun usaha akan tetap terus dipertingkatkan..insyaAllah, sama2lah kita berdoa semoga cinta kita membuahkan hasil..insyaAllah..syg,ayg mencintaimu tanpa jemu..

    ReplyDelete