.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 29, 2011

Sebuah Lagu..



Sesetengah lagu bukan untuk ditujukan kepada sesiapa..ianya mungkin untuk ditujukan kepada diri penulis itu sendiri..kadang2 cukuplah kita menerima sesuatu kenyataan seperti apa yang berlaku dalam irama lagu..kita dapat menyelami perasaan sendiri melalui lirik yang mengasyikkan..cukuplah sebuah lagu mengisi sebuah kekosongan hati dan perasaan..dan cukuplah sebuah lagu untuk memberitakan sebuah perasaan..


Kusambut tanganmu
Di lembayung senja
Lukisan sejarah
Mengukir kulitmu
Mungkinkah terlewat
Pertemuan kali ini
Setelah terpisah
Di pintu realiti

Kepulangan semula
membuka cerita
Hujan panas sepanjang jalan
Terketar jemarimu
Melukiskan rasa
Di sejarah yang berlalu

Cahaya di mata
Tak seindah dulu
Gagah semangatmu
Dikuburi rindu
Mencari yang hilang
Dan yang lepas masa lalu
Kau sekuntum bunga
Yang semakin layu

Kalaulah ku dapat
Menyeru waktu dulu
Kuhias semula ia untukmu
Kupimpin tanganmu
Ke zaman indah syahdu
Tidaklah kau seperti hari ini

Sunday, August 28, 2011

Apesal la...

rasa monyok je ni..kalo ikut cikgu kimia aku dulu, monyok mcm ayam..terus disuruhnya berbaris jalan ikut koridor semua tingkat sampai tingkat 4..siap kena lambai2 kat budak2 junior..pelik,tapi berkesan nak membuang rasa monyok..

alamak, nape la rasa x best sgt ni..bercampur2 la perasaan tu..dengar lagu "hot and cold"..layan rock la pulak..hmm..

kenapa jadi mcm ni ye..boringkah aku..ye la, masuk klinik, x buat ape2..duk menunggu sesuatu yang x pasti..aduhai..lemah la lagu ni..

rasa lagu tu mcm aku berkata pada diriku pun ade..

You change your mind
Like a girl changes clothes
Yeah you, PMS
Like a girl
I would know

And you over think

Always speak
Cryptically

I should know

That you're no good for me

Cause you're hot then you're cold

You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down

You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

You don't really want to stay, no
But you don't really want to go-o

You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down

We used to be

Just like twins
So in sync
The same energy
Now's a dead battery
Used to laugh bout nothing
Now you're plain boring

I should know that You're not gonna change


Someone call the doctor

Got a case of a love bi-polar
Stuck on a roller coaster
Can't get off this ride

You change your mind

Like a girl changes clothes

Cause you're hot then you're cold

You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down

You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

entah apa yang tak kena pada diriku..sekejap semangat membara..sekejap dh mcm lilin kena tiup di angin..tapi mood so cold inside..by the time sampai rumah, lepas peluk2 hubby, harap dapat menceriakan balik hariku..baik aku lupakan sejenak apa2 yang membelenggu kotak pemikiran aku ini..sebaiknya juga aku tanamkan dalam jiwa ini..kalau apa yang aku inginkan tak tercapai, seeloknya aku biarkan saja ia berlalu pergi..

Saturday, August 27, 2011

What happen..


Salam..the past 25th was really wonderful..alhamdulillah, ramai teman berbesar hati memberi ucapan selamat buat diriku yang mencecah 30 tahun pada hari itu..rasanya tahun ni lambakkan ucapan telah aku terima and some of them were from unexpected person dan tak terkecuali,aku juga ada menantikan ucapan daripada teman-teman rapatku.. walaupun ada antara kelibatnya tidak kelihatan pada wall FB aku, aku redhakan saje..walaubagaimanapun, ucapan demi ucapan membuat aku lupa tentang penantianku itu..maybe ini sinar baru bagi aku menjalani usia genting 30 tahun..terkadang aku seakan tidak percaya bahawa perjalanan umurku kini bermula dengan angka 3..rupanya telah banyak yang aku lalui sebagai manusia yang hidup di bumi Allah ini..

Hari lahirku itu aku sedari bermula saat solat subuhku pada pagi itu..tiba2 aku bergenang air mata kerana aku tidak dikejutkan tidur pada waktu tengah malam saat detik jam memasuki angka 12.01 pagi..aku sedar yang aku telah berjauh hati kerana insan kesayanganku telah lupa akan hari bermakna bagi diriku..segera aku merawat duka itu dengan sujud syukur kerana walau apapun aku tetap bersyukur kerana dia ada bersamaku saban detik..rupanya dia menyedari perubahan sikapku yang membawa hati itu..seawal ceramah yang dia berikan pada pagi 25 hb itu, dia telah mengejutkan aku dengan berterus terang kepada semua hadirin akan kesilapannya yang membuat aku merajuk..walaupun bermula dengan tragis, namun akhirnya dia berjaya memarakkan senyuman dibibirku..jam-jam seterusnya aku lalui dengan senyuman sambil membalas tujahan ucapan di dada maya..hatiku berdetik, siapakah lagi agaknya yang masih ingin mengucapkan ucapan indah Selamat Hari Lahir buat diriku..dan seterusnya aku harus menerima setakat itu sahaja penantianku sehingga jam mencecah 12.01 pagi 26hb..

Hari Jadiku disambut dengan duka..diserikan dengan kejutan..diteruskan dengan penantian dan akhirnya ditamatkan dengan redha..Kami menyambutnya di Kenny Rogers dan selepas itu suami membeli kek Oreo Cheese dari Secret Recipe yang sangat delicious..alhamdulillah kek berjaya dikongsi bersama kedatangan keluarga mertuaku di kediamanku dan suami..masing2 memuji keenakkan kek itu..demikian perjalanan hariku sebagai wanita diambang 30 tahun..semoga Allah terus memperindahkan hariku walaupun mungkin beberapa keinginanku gagal dicapai pada hari itu..aku akan terus dan tetap bersyukur dengan kurniaan cinta dan kasih sayang daripada semua yang menyintai dan menyayangi diriku..

Wednesday, August 24, 2011

Adikku sayang..

ade kawan kakak yang seakan dengar 1 suara suruh mengaji wpun 1 muka
org rs cm smlm
bila kakak??
kwn kakak yg mana??
malam lailatulqadar x hujan langsung dik..
hihi
ashi x kenal pun
dia harus baik kan??
jap, nak ashi tgk blog ni..
hehe,,baiklah
klik pada entri ni
tapi kita wallahua'lam kan..mana la tahu malam mana..
tapi alhamdulillah kita masih berusaha mencarinya..
ha'ah..ngh baca..mntk2 Allah pilih kita..
sedihla kalau x terpilih..hu2,..
anyway kakak tetiap malam dalam ramadhan ni doakan supaya dikurniakan zuriat bagi keturunan kita..
especially malam2 terakhir ni..
huhu..sedih..insyaAllah..ashi pun akan doakan kakak ngn kakamy n semua adik bradik kita..
kdg2 mmg kena mntk smbil nangis2 kn..spy Allah tau kita bsungguh n betul2 nk..
yup, sbb sedih coz melibatkan maruah mama+papa jugak..
especially adik beradik parent kita yang lain kebanyakannya dpt anak
kakak...agak2 mmg kta xdpt lagi sbb org dgki k kak?
mm, malas nak fikir dik
kalo betul org dengki, mintak Allah maafkan dia dan buka hati dia semula..
bagi kakak+abg azim, alhamdulillah kami saling melengkapi..
sbb tu la kot x terasa sgt pasal hal ni..
alhamdulillah,,sronok sgt dh sbnrny ngn kbhgian kita skrg..
betul..kadang2 sampai x tahu kat mana kepentingan ade baby..
kalau kita rs cukup ngn apa yg Allah kasi,,tu tandanya berkat..
tapi kita disuruh meramaikan ummat manusia
umat nabi Muhammad
hehe,,
xpe..ad rezeki mesti dapatt
kan?
btul..kena usaha je la lg kn?
insyaAllah..

Tuesday, August 23, 2011

Cinta




Apakah maksudmu datang mengetuk pintu hatiku..mengapa sukar untuk ku tepis hadirmu..adakah kerana aku juga menginginkannya..

Cinta oh cinta..hadirmu membawa sejuta rahmat..seluruh alam menyaksikan kesyahduan..apa sahaja yang dihadirkan bersamamu cukup bermakna..bagai seri alam buana..


Bersatulah cinta..walau sebegitu sukar sekalipun..mudahkan ia dengan kasih beserta sayang..agar cinta itu bertemu jalan pulang pada hati yang rawan..


Sematkanlah cinta itu..biar apapun yang terjadi..menjadi kibaran indah di jiwa..yang tak luput di hari, tak lekang di ingatan..

Monday, August 22, 2011

Tidur berbantalkan lengan suami



Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Tuesday, August 9, 2011

Seorang Lelaki..

Sukarkah mencari cinta sejati? Episod kehidupan memungkinkan kita berjumpa berjuta-juta manusia..namun bagi seorang wanita, kesudahannya adalah bersama seorang lelaki yang bernama suami..hanya seorang lelaki dalam hidupnya yang dapat menjadikannya insan mulia di sisi Allah dan ditakdirkan syurga jika dia taat dan patuh kepada lelaki itu..

Seorang lelaki..seharusnya pandai mencari ruang paling jauh di sudut hati wanita itu untuk menakluk seluruh jiwa raganya..seorang lelaki itu, bila dia tersenyum, hati wanitanya akan cair dan lemah..begitulah juga seorang lelaki itu, apabila setiap tutur kata dan perbuatannya diteliti oleh wanitanya, dia adalah sebenarnya lelaki yang paling bahagia di dunia ini kerana ternyata dia amat dicintai sepenuh hati..

Cukuplah cinta sebagai penjamin sebuah kesetiaan..dengan cinta, seorang lelaki dan wanitanya akan berasa aman di hati..tenang dalam perjalanan kehidupannya dan bahagia walaupun kadangkala diselangi rajuk dan usikan nakal..apabila agama dan cinta berada di kemuncaknya, insyaAllah, seluruh hidupnya akan dilindungi Allah dengan kesejahteraan hendaknya..insya Allah...

Seorang lelaki yang tujuan hidupnya adalah menuju Allah takkan pernah mempersiakan kewujudan wanita di sampingnya..walaupun berada jauh atau dekat, wanitanya adalah perkara yang tidak akan pernah hilang dari hati dan nalurinya..dia akan bercerita semahunya dan semuanya telus dikongsi bersama..seolah-olah dia tidak mempunyai kehendak untuk berkongsi kisah dengan manusia lain, selain wanitanya..

Dan apabila wanitanya melukai hatinya, hati seorang lelaki yang indah itu akan patah dan remuk..air matanya senang mengalir tanda kemurnian hatinya dan kekuatan cintanya..maka wajarlah wanita itu kembali sujud dan memohon 2 keampunan daripada Allah dan lelakinya itu selayaknya, dan kembali mewarnai hati yang calar dengan bunga-bunga cinta yang segar mewangi..menutur dengan sejujurnya.."kekasihku, cintaku memang tetap untukmu..sampai matipun hati ini akan berdetik namamu..sepanjang hidupku, kau telah hadir menjadi hari ini, esok dan semalam..semuanya adalah kenangan terindah yang telah berjaya kita lalui bersama..yakinlah pada kekuatan cinta dan hatiku ini..basuhlah air matamu supaya hilang segala penderitaan seiring kucupanku pada kelopak matamu..segala kesulitan ini hanya sedikit berbanding kebahagiaan yang telah dirimu curahkan..ternyata cintamu begitu kuat berbanding aku yang lemah ini..lalu, kupohon supaya dirimu terus memartabatkan aku agung di hatimu.."

Pengakhirannya seorang lelaki itu mula tersenyum..matanya masih digenangi mutiara jernih..wanitanya dipeluk dengan penuh rasa cinta..seolah-olah dia tidak mahu ada apa2 di antara dua jasad itu..Dan yakinlah olehnya, cinta itu indah..penuh disulami tawa dan duka..namun kedua2 perasaan itulah yang membuatkan pertalian cinta antara keduanya tetap kukuh dan indah..kerana mereka sama2 pandai menjaganya dan pandai menilainya..



Monday, August 8, 2011

Sejiwa


Pada irama ku berpesan

Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta

Di taman kita sejiwa

Tuesday, August 2, 2011

ReUNION SKMT batch UPSR 1993

Alhamdulillah, melalui FB, aku jumpa jugak kawan2 lama aku..terimbas di ingatan raut2 nakal,molos dan seperti tiada masalah di wajah teman2 sewaktu usia 12 tahun..waktu itu kami tidak mampu berfikir, apa yang akan jadi pada kami setelah menginjak dewasa..kami bermain semahunya..belajar juga, alhamdulillah kami di kelas terbaik seluruh darjah 6 ketika itu..sepanjang perjalananku menuju alam kedewasaan, aku cuma bertemu segelintir daripadanya..dan tak ku sangka kawan baikku sendiri, zarina berada sealiran denganku menjadi pegawai pergigian dan bekerja dibawah satu jabatan denganku sekarang ini..

Kini, 18 tahun berlalu..semenjak famousnya FB, kami rupanya masih tidak dapat melupakan sebuah sejarah..seorang demi seorang kami jejaki sehingga terciptalah alumni SKMT..dan pada tahun ini juga, kami mungkin akan mencipta sejarah membuat reunion semasa raya nanti..apa yang mencuit hati, kami juga ada pengantin dari rakan2 sekelas kami, Yuswandy dan Ruhaida..Allahu Akbar, kecilnya dunia..singkatnya perjalanan..

Ada antara kami yang sudahpun beranak pinak, beristeri 2 serta tak kurang juga ada yang telah dimiliki dan ada juga yang masih mencari..paling aku bangga, semangat kawan2 dari kalangan lelaki nampaknya bakal memungkinkan dan merealisasikan reunion kami kali ini..insyaAllah, kami bakal berjumpa buat julung kalinya..dan aku berharap persahabatan kami akan sentiasa utuh seharum sebuah kenangan yang terindah yang pernah kami miliki...

Salam Ramadhan..


Salam Ramadhan Buat Semua..
Hiasi Ramadhan kali ini dengan pengisian ibadah..

Semoga mendapat keberkatan dan rahmat berpanjangan..
InsyaAllah..