.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, February 6, 2012

Alhamdulillah..

Sesungguhnya segala peristiwa yang berlaku banyak membuatkan aku kembali menginsafi diri dan kembali mencari segala keindahan yang mungkin telah lama aku tinggalkan..hidup ini cukup indah..tetapi mungkin kerana kita terlalu mahu meyelongkar rahsia kehidupan dan mendalami setiap perasaan manusia, maka kita terseksa berada di dalamnya..sedangkan kita sebenarnya hanya perlu menghayati nikmat yang ada di hadapan mata kita dan cuba memperelokkan lagi sebuah rahmat..

Alhamdulillah..mata hati ini kian bangkit dan kembali menikmati erti hidup yang ditulis sekian lama di loh mahfuz..mana mungkin perjalanan hidup kita boleh berlaku sebagaimana yang kita mahukan..mana mungkin setiap kali ia berlaku mengikut selera dan apa yang kita impikan..maka akal kembali menakluk emosi dan berkeras mahu melupakan segala perjalanan hidup yang salah selama ini..alhamdulillah..dengan pertolongan kekasih hati, maka aku kini sudah 'kembali'..

Kasih sayangnya lebih luhur..cukup indah bila mengenang segala kesetiaan yang tidak berbelah bahagi..insan yang ditakdir Allah berada di sisi setiap detik dan masa..kenapa tega aku tidak menghargai permata berharga milikku sendiri sekian lama..kenapa lama aku ditakluk daripada melihat segala kebaikan yang ada dalam dirinya..dia tak pernah merubah apa2 yang ada pada diriku..bukankah itu cukup baik supaya aku terus menjadi aku yang sebenarnya..

ya Allah, izinkan aku kembali mencintainya seluhur hatiku..izinkan mata hatiku tidak beralih pada mana2 nikmat lain selain nikmat memandang diri dan cintanya sepanjang hidupku..izinkan aku terus berbakti kepadanya di dunia dan di akhirat..izinkan aku dan dia sama2 membetulkan diri kami masing2 demi kerana kami mahu bersama kembali di negeri abadi satu ketika nanti..bukan hanya di dunia fana yang penuh tipu daya ini..

Tak perlu kuberitakan tentang apa yang berlaku pada hubungan kami..di hadapan matanya hanya aku yang bertakhta..tiada dua..tetapi kesilapanku, sebenarnya hanya aku yang sedari..aku seperti menduakannya kerana kehadiran anakanda kesayangan kami..walau mungkin tidak dia sedari, namun aku sendiri tahu yang aku sedikit sebanyak telah mengabaikannya..tetapi kini, alhamdulillah, setelah tersedar, aku cepat2 kembali mewarnai dunianya..aku mahu menjadi sebaik2 isteri kepada suamiku..sebaik2 ibu kepada puteri kami..sebaik2 anak kepada ibubapaku..sebaik2 pekerja kepada majikanku..sebaik2 adik dan kakak kepada adik beradikku..sebaik2 kawan kepada kawan2ku..maka aku kembali sedar kini, tidak ramai yang bernasib baik sepertiku..sekian kalinya aku bersyukur atas segala ujian Ilahi yang semata2 mahu aku bangkit daripada mimpi silam..daripada kesilapan yang dikuasai oleh hati dan naluriku sendiri..

ya Ilahi, ujilah aku kerana kasih sayang dan cintaMu padaku..aku tahu setiap ujianMu banyak membuka mataku..Kau peliharalah insan2 kesayangan dalam hidupku tidak kira yang di hadapan mataku mahupun yang berada di belakangku..menyokongku dalam diam, mungkin..semoga kami semua di bawah naungan keberkatanMu selamanya...ameen ya rabbal '
 alamin..

2 comments:

  1. huhuhu, syahdunya perasaanmu duhai isteriku. Ya Allah kuatkan ikatan cinta kami supaya ia takkan berakhir selamanya..

    ReplyDelete
  2. Setelah sekian lama,aku masih merinduimu..menyayangi dan mencintaimu seumur hidupku..aku menyanjung tinggi keperibadianmu..dalam diam aku sering memerhati tingkahlakumu walau sudah lebih sedekad kita bersama..aku x akan pernah jemu memandang matamu..mencium keningmu kala tidurmu..entah kenapa setelah sekian lama kita bercinta,aku masih asyik dilamun cinta pdmu..

    ReplyDelete