.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 1, 2010

Dia....

Sampaikan salam cinta buat dirinya..
Sampaikan segunung kasih kerana menakluk hati ini..

Siapakah dirinya? Insan yang kini megah bertahta di hati..
Siapakah dia..yang mengundang degup jantungku saban waktu..
dan Siapakah disebalik tubuh bidang itu..yang menukil indah bahasa cinta..

Semalam..
masih lagi aku berdebar kerana tingkah lakunya..
masih lagi dia memperlakukan aku seperti bayi yang butuhkan perhatian..
masih lagi dia bergurau senda denganku tanda mesra..

Alangkah damainya hati ini..
pabila dia masih menjadi dirinya yang kukenal sewaktu detik percintaan kami..
pabila dia masih memartabatkan diriku agung di hatinya..
pabila dia amat mengutamakan kebahagiaanku berbanding dirinya..
pabila dia masih tersenyum dan merenungku dengan sebuah keinginan..
pabila dia berkata akulah segalanya...

Sebentar tadi..
masih kami berkejaran di rumah sendiri akibat usik nakalnya..
masih kami berbalas ungkapan cinta..membelai dan menyayang..
masih kami menghabiskan waktu lapang bersama-sama..
dan seolah-olah kami memiliki segalanya hanya kerana kami kini bersama..

Sesungguhnya dia itu adalah seorang suami..yang begitu dicintai oleh isterinya...




No comments:

Post a Comment