.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, October 25, 2010

Tiada lebih indah..




Duhai cinta..
Tiada lebih indah melainkan saat berdampingan denganmu..
Tiada kata2 dapat menterjemahkan betapa diri ini cinta, rindu dan sayang padamu..
Segala tentangmu seakan menyelubungi diriku tiap saat dan ketika..

Kuingin mendengar kata-katamu saban waktu..
Aku selalu ketawa senada sendamu..
Aku turut menangis bila tabir matamu berkaca tatkala kita mengucapkan tentang perpisahan..

Duhai sayang..perpisahan bagi kita adalah pasti..kita pasti dipisahkan oleh sebuah kematian satu hari nanti..antara sedar atau tidak masa-masa kita bersama semakin luput seiring perjalanan waktu..sedar atau tidak kita semakin menghampiri saat itu..Lalu aku bertanya pada diriku..mampukah dugaan ini kusambut redha..sekiranya aku yang dulu meninggalkan dirimu, siapakah yang akan menyiapkan segala keperluanmu,sayang? Selama perkahwinan kita, alhamdulillah aku menjaga keperluanmu dengan rapi..akan adakah pengganti diriku yang akan menyintaimu lebih dari aku menyintaimu..aku mendoakan segala yang terbaik buat dirimu sayangku..andai aku pergi dulu..

Dan sekiranya takdir Allah membawamu pergi dahulu, mampukah aku hidup?..aku pernah bermimpi tentang kehilanganmu..saat dalam mimpi sekalipun aku menangis hingga tersentak dari tidur..aku menangis semahunya hingga sesak nafasku..terbawa-bawa oleh mimpi yang dimainkan syaitan..saat itu aku menggigil..aku begitu takut walaupun perkara itu berlaku dalam mimpi cuma..ya Allah..payah bagiku untuk menanggung keperitan hidup tanpa kasih sayang daripada mu, suami..bagiku tiada manusia lain yang lebih menyayangiku seperti kau mengasihiku..

Mengapa kita kini kerap berfikir tentang mati..tentang keindahan dunia yang sementara milik kita..pastinya kita inginkan kebahagiaan ini berpanjangan hingga kujumpai mu semula di syurga..selagi kita hidup, insyaAllah kita setia merenung senyuman di raut wajah masing-masing..kita bahagia dalam cinta dan hidup berdua..moga tiada yang dapat memisahkan cinta kita..kerana ia anugerah terindah daripada Allah untuk kita miliki hingga akhir hayat kita..

No comments:

Post a Comment