.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 3, 2009

Raya...2009


gambar Raya 2008



Termasuk hari ini..kita sudah berada di hari ke 13 Ramadhan Al-Mubarak..seperti tahun yang sudah..kami kini sedang merencana kedatangan Aidilfitri..Ramadhan kali ini agak sepi..berbuka dan bersahur sendiri menjadi perkara biasa bagi sebuah perkahwinan jarak jauh..menunggu kedatangan hujung minggu seperti terlalu lama bagi 5 hari itu berlalu..Ramadhan membuakkan kerinduan kepada sang suami. Rindu di hati isteri untuk memasakkan juadah berbuka sekaligus bersahur..Rindu melihat suami makan dengan penuh selera kerana dia juga terlalu rindukan air tangan isterinya..malah itu yang sering diucapkannya saban ketika..



Pada hari ini, seorang isteri sabar menunggu suaminya pulang..masih diperjalanan yang didoakan selamat sentiasa..Sabar menunggu untuk menatap seraut wajah yang terlalu dicintai..Semoga rahmat Allah mengalir bersama limpahan kasih sayang sepasang suami isteri ini..


Buat suamiku..selamat jalan sayang..cepat2 lah pulang kerana isterimu sarat merinduimu..

No comments:

Post a Comment