“..Mood..mood..mood..”
Jenis2 Mood… | Kenapa?? |
Mood baik | Sesuatu yang diharapkan berlaku, terjadi dengan lancar.. |
Mood x baik | Berlaku sesuatu yang menyebabkan hati gelisah, cemas, runsing |
Mood bahagia | Bunga2 cinta dan kasih sayang diselami bersama insan dikasihi |
Mood sedih | Apabila berlaku sesuatu yang mengguris perasaan.. |
Mood ketawa | Berada dalam kegembiraan yang amat.. |
Mood menangis | Teringat akan mati dan ketuhanan |
Mood marah | Apabila sesuatu yang menjadi hak kita dirampas |
Mood kecewa | Mungkin atas kekurangan diri tetapi tidak dapat berbuat apa2 |
Mood terkilan | Apa yang dihajati tidak dapat dicapai.. |
Mood terasa hati | Diambil mudah |
Mood gembira | Semua orangpun suka.. |
“…Bahawa setiap insan bernyawa itu hidup digelumangi sesuatu yang dinamakan perasaan..”..Ada yang indah, ada disebaliknya..pernah tak terfikir, dalam suatu hari itu, kita berada dalam mood terbaik, kita juga sebenarnya takut jikalau pengakhiran hari tersebut kita bakal disedihkan atau dikecewakan oleh sesuatu..pernah juga kita tiba2 boleh berubah daripada sedih kepada digembirakan oleh sesuatu..Rupa2nya alam ini diciptakan untuk kita merasai pahit dan manis kehidupan..tanpanya hilanglah sebuah keserian hidup..hadapilah kenyataan hari ini kerana ia mencorak kehidupan di hari esok..Sebuah pengalaman yang dilalui setiap insan adalah penting kerana menjadi guru yang menunjuk ajar segala tauladan..kebaikan dan keburukan yang berlaku pada hari ini, sebaiknya direnungi kerana setiap sejarah dalam hidup kita itu sangat bernilai..contohnya jika anda mengingati sebuah senyuman, pejamlah mata anda dan imbaslah sejenak siapakah yang pernah memberikan senyuman paling membahagiakan dalam hidup anda..walaupun sesuatu itu berlaku sebagai satu sejarah..ia ternyata i.n.d.a.h..
No comments:
Post a Comment