Wednesday, September 23, 2009
Tuesday, September 15, 2009
..Memahami sifat lelaki..
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.
10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling tidak ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.
13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
Monday, September 14, 2009
Tears..
Sunday, September 13, 2009
Nilai Sekeping Hati..
apabila datang suatu perasaan indah
engkau tersenyum bahagia..
Duhai hati..
sebaliknya jika dirundung duka,
air mata mengalir lesu dipelusuk kalbumu..
Satu ketika dahulu, diri bertanya..
Tega kah sekeping hati dikoyakkan demi kerana masa..
Tega kah membiar sekeping hati merintih duka..
Tega kah menggadai sesuci hati demi kerana cita-cita..
Ilahi mentakdirkan..
Hati tulusmu milik dia yang memilikimu secara hak
Hati sucimu takkan pernah lagi dirobekkan
Kini
Hati mu yang penuh limpahan kasih dan cinta,
Kini hatimu bertemu sebuah hati yang sama..
Dimiliki pemilik yang memilikimu dengan sebuah kalimah cinta
Sebuah perjanjian yang bersaksikan akad yang mulia..
M.O.O.D
“..Mood..mood..mood..”
Jenis2 Mood… | Kenapa?? |
Mood baik | Sesuatu yang diharapkan berlaku, terjadi dengan lancar.. |
Mood x baik | Berlaku sesuatu yang menyebabkan hati gelisah, cemas, runsing |
Mood bahagia | Bunga2 cinta dan kasih sayang diselami bersama insan dikasihi |
Mood sedih | Apabila berlaku sesuatu yang mengguris perasaan.. |
Mood ketawa | Berada dalam kegembiraan yang amat.. |
Mood menangis | Teringat akan mati dan ketuhanan |
Mood marah | Apabila sesuatu yang menjadi hak kita dirampas |
Mood kecewa | Mungkin atas kekurangan diri tetapi tidak dapat berbuat apa2 |
Mood terkilan | Apa yang dihajati tidak dapat dicapai.. |
Mood terasa hati | Diambil mudah |
Mood gembira | Semua orangpun suka.. |
“…Bahawa setiap insan bernyawa itu hidup digelumangi sesuatu yang dinamakan perasaan..”..Ada yang indah, ada disebaliknya..pernah tak terfikir, dalam suatu hari itu, kita berada dalam mood terbaik, kita juga sebenarnya takut jikalau pengakhiran hari tersebut kita bakal disedihkan atau dikecewakan oleh sesuatu..pernah juga kita tiba2 boleh berubah daripada sedih kepada digembirakan oleh sesuatu..Rupa2nya alam ini diciptakan untuk kita merasai pahit dan manis kehidupan..tanpanya hilanglah sebuah keserian hidup..hadapilah kenyataan hari ini kerana ia mencorak kehidupan di hari esok..Sebuah pengalaman yang dilalui setiap insan adalah penting kerana menjadi guru yang menunjuk ajar segala tauladan..kebaikan dan keburukan yang berlaku pada hari ini, sebaiknya direnungi kerana setiap sejarah dalam hidup kita itu sangat bernilai..contohnya jika anda mengingati sebuah senyuman, pejamlah mata anda dan imbaslah sejenak siapakah yang pernah memberikan senyuman paling membahagiakan dalam hidup anda..walaupun sesuatu itu berlaku sebagai satu sejarah..ia ternyata i.n.d.a.h..
Wednesday, September 9, 2009
Jadual Kehidupan
Alangkah penatnya seharian masa dihabiskan di klinik..ada atau tidak pesakit bukanlah alasannya..duduk-duduk menunggu pesakit pun boleh memenatkan minda..mujurlah kedatangan teknologi seakan memahami..sekurang2nya laptop di meja menjadi tempat mencurah segala maksud hati..mungkin ramai menyedari, pada bulan puasa begini kerjaya sebagai pegawai pergigian (Dr.Gigi) agak menyeronokkan..terutama di saat berpuasa dan keletihan, banyak betul masa untuk kami berehat..mana tidaknya, pesakit kami kurang datang mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri batal puasa atau makruh..”..betul jugak tu..”..dan pada sebelah malam, kerjaya kami sesetengahnya beroperasi semula di klinik2 pergigian swasta..
Terkadang seakan kehabisan modal untuk menulis..tetapi sebenarnya perjalanan kehidupan itulah yang menjadi intipati penulisan saya di sini…pada setiap kehidupan yang dilalui, terdapat relung-relung dan ranjau yang menjadikan sesuatu kejadian hidup itu menarik..suka dan duka bersilih ganti..daripada zaman anak dara sampai la sekarang, segala ranjau kehidupan nampaknya telah dilalui dengan baik..sedikitpun tidak berburuk sangka kepada sebarang ketentuan Ilahi, alhamdulillah..pada saya pahit dan manis sama pentingnya..contohnya pada ketika sedih berjauhan dengan insan tersayang, saya masih dapat merasa sebuah kasih sayang daripada sebuah keluarga yang menerima saya seperti keluarga sendiri..walaupun saya tidak tahu sampai bila saya akan hidup berjauhan begini, sekurang2nya hidup saya kembali terisi..
Cahaya Mata
Tuesday, September 8, 2009
RAHSIA WANITA..
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
L.E.L.A.K.I
CINTA SEORANG LELAKI
Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat
mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,
tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila
sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk
cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk
kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk
melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya
dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan
berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat
menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn
perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn
dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn
kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila
kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian
kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang
meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh
kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan
daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya
krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada
urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa
serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun
dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali
kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling
dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya
namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti
hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA..