.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 10, 2012

kehilangan..

sunyikah hidup jika mengalami kehilangan demi kehilangan..sesetengah kehilangan, hanya diri yang mengerti dan menanggung setiap kesedihannya..adakah ia juga petanda, diri ini harus dihilangkan buat seketika mgkin untuk menilai erti kerinduan daripadanya yang hilang..namun sekali-kali tidak mungkin untuk diri ini menjadi sepertinya yang hilang kerana jati diriku masih mahukanku kekal di sini..menghitung hari walaupun rindu menggigit sanubari dan meratah setiap sisa perasaan yang ada..mgkin lama kelamaan perasaan ini akan pudar sendiri akibat matang dibasuh keadaan..

aku masih di sini hampir setiap hari..walau hilang perasaan mengharap kehadiran pada apa2 yang hilang, aku akan terus di sini..aku tidak akan mungkin sekali2 mengoyakkan kenangan dan membuang jauh dari lubuk hatiku..aku mgkin akan menerima segala kehendak takdir kerana aku mahu mati sebagai insan mulia di sisi Ilahi..hanya Allah yang tahu apa yang berlaku dalam perjalanan hidupku dalam menanggung kehilangan itu..dan bagi yang pergi meninggalkan kamus hidupku, takkan pernah akan ku halang pemergian itu..air mata ini sudah tiada makna lagi di sisinya dan kini ia bertakung sunyi jauh di dalam hatiku..dan apabila ia kering, maka akan putuslah nilai2 kasih yang pernah disemai..dan akan ranaplah sebuah penantian..

No comments:

Post a Comment