Salam perkhabaran buatmu teman, pembaca yang setia.. Jemari menukil kata tanda ada keamanan dalam jiwa dan ketenangan untuk menghadirkan diri di pentas maya buat kali yang entah ke berapa..empunya diri kini sedang asyik tersenyum akan setiap kejadian yang dilalui yang sesetengahnya telah menjadi sejarah, selebihnya realiti dan mungkin kebanyakkannya buat masa2 yang akan datang.. Perkhabaran gembira buat suami yang tidak serik kucintai entah ke berapa kali kerana hari-hari yang kulalui bersamanya ternyata indah dan mempersona..Gembiralah sayang kerana ayang mencintaimu setiap hari..berbeza hari demi hari..dan sesungguhnya perasaan itu semakin menebal.. Alhamdulillah, mungkin kerana keikhlasan hati, maka Allah mengurniakan kebahagiaan sebegini buat hambaNya yang lemah ini..Alhamdulillah juga kerana tahun ini Allah merealisasikan dan menjemput kami menjadi tetamuNya di Baitullah..berbahagialah manusia2 di dipilih mengunjungi Baitullah kerana di sana terdapat ketenangan dan kedamaian yang mengasyikkan bagi yang menghayati sebuah pemberian dan pengurniaan..betapa berharga setiap doa apabila sering sahaja dimakbulkan terutamanya kemahuan untuk berdoa dan bersolat di tempat2 mustajab doa..selebihnya ya Allah, kami memohon rahmat dan kasih sayangMu untuk redha atas apa jua yang Engkau takdirkan dalam hidup kami..kami cuma berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada kami supaya tidak mudah tewas dalam pujuk rayu dan hasutan iblis laknatullah..semoga kembara kami ke Tanah Suci akan mengubah kami menjadi sebaik2 hambaMu walaupun tidak mungkin dapat menggapai SyurgaMu tanpa Ehsan daripadaMu..
No comments:
Post a Comment