.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 19, 2012

Mati..


Bersediakah aku..
Menyaksikan kemalangan pagi tadi di depan mataku benar2 membuatkan aku menggigil..
Hakikat nyawa yang boleh diambil pada bila2 masa dan malaikat maut sebenarnya sedang memerhatikan kita saban waktu..hmm, membuatkan aku benar2 bersedih..
Aku bersedih mengenang dosa..mengenang kealpaanku sebagai hamba Allah..
Aku bersedih mengenang semua yang aku miliki sebenarnya hanyalah pinjaman semata2 daripadaNya..
Aku bersedih kerana aku bakal terpisah dari semua nikmat daripada Allah sedangkan aku belum benar2 mensyukurinya..aku alpa dengan nikmat duniawi yang bersifat sementara..aku lemah dalam mencari cahaya Ilahi..aku rebah selepas setiap kali aku bangkit mengenang penciptaku..dan aku sebenarnya masih bertatih dalam menghargai hidup selama 30 tahun aku di muka bumi ini..sedangkan usia itu cukup lama diberi sebagai dugaan dari Allah buat diriku..

Malangnya nasib aku kerana masih mengejar dunia sedangkan alam barzakh melambai2..memanggil aku pulang..

Ya Allah..tolonglah aku..teruskanlah sinari hidupku dengan ingatan2 penting yang datang secara sedar atau tidak sedarku..sesungguhnya peristiwa yang berlaku di hadapan mataku pada hari ini mungkin mengubahku..mungkin juga aku akan kembali lalai selepas berlalu hari demi hari di hadapanku..namun aku tahu hanya Kaulah yang bisa merubah haluan hidupku..supaya benar2 selaras dengan agamaMu yang telah Kau hadiahkan kepadaku semenjak aku dilahirkan..

Aku mungkin akan mati pada hari ini, esok atau hari2 akan datang..lalu izinkan aku menjadi penghuni SyurgaMu ya Ilahi..izinkan aku menghuninya bersama2 suamiku, anakku, ibubapaku..kakak dan adik2ku..dan seluruh umat Islam di muka bumi ini..aku memohon dengan sebesar harapan kepadaMu..selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat..ameen ya Rabbal 'alamin...

Tuesday, March 13, 2012

Cinta? Diamkanlah..


Diam itu lebih baik.  Jadi, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.
Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.

DIAM ITU LEBIH BAIK.
Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.


"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." 

Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?
Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.
Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.
Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.
Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.
Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa..
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.
 
Bisik hatiku:
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

Sunday, March 11, 2012

Harga sebuah Kemarahan versus Senyuman..

Bergegas bangun pagi ini..sedikit hatinya telah kuguris..maklumlah aku telahpun melaksanakan tugasku sesempurna mungkin, menyediakan kelengkapan pakainya dan puteri..seawal 4.00am aku menggagalkan usaha mataku untuk lelap kerana aku kini lebih mengutamakan tanggungjawabku terhadap Ilahi dan kepada 2 insan milikku..termasuk dirinya..sesudah melaksanakan tanggungjawabku, lebih kurang 6.00am, aku mula terlelap, dia pula bergegas bangun menyediakan puteri kami..memandikan puteri kami..sambil aku masih menarik selimut, melayan mataku semaksimum mungkin..malam tadi kami berdua lena selewat jam 1.00am..gara2 melihat cerita seram TV3 dan komedi yang kami download daripada youtube..ah.aku malas nak memikirkan soal tak cukup tidur atau apa kerana dah semakin kalih berada dalam dunia pesona yang aku lalui kini..

soalnya kenapa aku masih selesa menghukum dia sedangkan aku tahu kami masing2 telah menunaikan tanggungjawab kami sewajarnya pagi tadi..mungkin hujan di pagi hari dan keadaan kalut takut terlewat punch card menyebabkan aku tergesa2 menyediakan sarapan pagi sambil membebel "sepatutnya syg tolong ayg siapkan itu dan ini.."..ah, kenapa dengan aku??..aku kemudiannya bergegas ke kereta, membawa puteriku yang termanggu melihat sandiwara pagi yang tak sepatutnya..meninggalkan dia yang sedang mengunci pintu rumah kami..(ah..aku sedang bergegas..semoga dia faham..)

senyuman terakhir daripadanya pagi tadi adalah sewaktu selesai memandikan puteri kami sambil menyanyi-nyanyi..setelah itu dia menjadi terbeban hati melihat aku seolah2 tidak menghargai usahanya..sekurang2nya dia telah menyiapkan puteri kami..(kenapa dengan aku ni kan..dan ye, aku memang bersalah..)

kesudahannya, aku menanggung kerugian kerana semahal mana pun harga kemarahan aku, takkan semahal senyuman darinya yang sepatutnya aku dapat beserta ciuman segar yang meluluhkan rasa seperti mana setiap pagi aku dapat..aku rugi sebesar2nya akibat mementingkan diriku..menyebabkan dia terluka..namun alhamdulillah..telah ku khabarkan kepadanya gundah hati ini sedari pagi lagi..dan dia menyambutnya..mengatakan "kita perlu sama2 belajar bersabar..syg tetap akan merindui dan mencintaimu seadanya.."..sesungguhnya aku mencintainya..dan menyanjung tinggi darjatnya sebagai suami di sisiku..dan aku kini memahami harga sebuah ketulusan hati dan kasih sayang darinya yang menjadi milikku...alhamdulillah..