.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 25, 2011

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS..

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new shirt anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Monday, October 10, 2011

Ilmu Untuk Kaum Adam


Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Jauhilah Maksiat Saat Sendirian

“Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan.”

Tsauban berkata,

“Wahai Rasulullah, gambarkanlah karakter mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dari kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW bersabda,

Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah waktu malam sebagaimana yang kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah.”
[HR Ibnu Majah]
+++


Kemaksiatan, atau lebih difahami jika kita gunakan istilah 'penentangan'. Penentangan hanya boleh dikatakan berlaku setelah sampainya pengetahuan sesuatu perkara kepada seseorang. Kemudian, dia melakukan sesuatu perkara selain apa yang telah diberitakan. Maka itu adalah penentangan. Itu adalah kemaksiatan.

Jujurnya, itulah kelemahan bagi seseorang yang bergelar Muslim. Bahkan untuk sesiapa sahaja yang bergelar anak Adam.

Dari Anas RA, dari Rasulullah SAW,

"Setiap anak adam pasti pernah berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang mahu bertaubat."
[HR Tirmidzi dan Ibn Majah]

Bagi seorang dai'e, kemaksiatan seperti zina, couple, minum arak, main games itu sudah pasti kita kena tinggalkan. Cuma, kita juga kena meluaskan skop pandangan kita terhadap kemaksiatan itu bukan hanya sekadar kita melakukan perkara-perkara yang berdosa, tetapi jika kita tidak melakukan satu-satu ibadah yang sepatutnya dilakukan, hatta ibadah sunnah sekalipun, kita harus memandangnya sebagai satu kemaksiatan.

Tertinggalnya tahajjud, kita memandangnya sebagai satu bentuk penentangan terhadap Allah. kurangnya bacaan Al-Quran kita melihat sebagai salah satu bentuk penentangan kita terhadap Allah. Tidak solat Dhuha, beristighfar itu sebagai satu bentuk penentangan. Itulah yang sepatutnya! Barulah kemudiannya kita akan terus memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik dan terbaik!

"Alah, aku solat tahajjud 3 kali seminggu. Ok lah tu. Ada orang tu solat pun tidak."

Ingat tak pesan Rasulullah SAW?

“Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan.”
[HR Tirmidzi]

Tapi, orang kita terbalik pula. Dalam hal dunia mereka lihat yang lebih tinggi, lebih kaya dari mereka, kemudian berlumba-lumba ke arah itu sehingga dia tidak mempu mengenal apa itu erti syukur. Dalam hal dunia, mereka lihat orang yang paling bawah, yang paling teruk ibadahnya, lepas itu bangga dia lebih bagus. Apa ini? Kalian Muslim atau tidak?

Setiap di antara ada kisah hitam masing-masing. Sama ada masih berkarat atau tidak, itu hanya kita yang tahu. Sebijak mana sekalipun kita sembunyikan ia terhadap manusia, kita tidak akan pernah dapat menyembunyikan ia daripada hati kita, dan juga dari Allah, pencipta diri kita dan hati kita.

Jauhilah kemaksiatan itu. Cukup dengan apa yang telah kita lakukan. Susah? Itu sudah pasti! Kalau tidak, takkan Allah pesan pada kita,

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang palin tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman"
[QS Ali 'Imran, 3:139]

Allah menasihatkan kita sedari awal lagi tentang rasa lemah dan sedih hati ini di dalam Al-Quran, kerana apa? Kerana perkara itu pasti akan berlaku bagi mereka-mereka yang mengatakan mereka mahu beriman! Sebab itulah Allah beritahu kepada kita, agar kita bersiap siaga dalam menghadapinya. Bukan hanya menantikannya.

Jangan sampai anda terperdaya dengan “kesabaran” Alah terhadap anda. Jangan menganggap remeh pengawasan Allah terhadap diri anda.

Iman perlu dilatih. Komitmen atau istiqomah perlu dilatih. Keikhlasan perlu dilatih. Semuanya perlu latihan. Latihan sudah pasti memerlukan usaha dan semangat untuk tidak putus asa.

Tinggalkan sahaja maksiat itu! Kamu tidak akan rugi, bahkan akan merasa kemanisannya.

Nikmat kemaksiatan itu hanya sementara. Tetapi, nikmatnya syurga dan wajah Allah itu kekal selamanya!

“Surga ditutupi (dihijab) dengan hal-hal yang dibenci, dan neraka ditutupi dengan syahwat.”
[HR Bukhari]
Mujahadahlah sikit!

Kita sama-sama berdoa kepada Allah agar diri saya dan diri kalian tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan Rasulullah tadi.

“Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan.”

Tsauban berkata,

“Wahai Rasulullah, gambarkanlah karakter mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dari kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW bersabda,

Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah waktu malam sebagaimana yang kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah.”
[HR Ibnu Majah]
+++

Orang selalu tanya,

"Bilakah waktu yang paling afdhal untuk saya bertaubat?"

Jawapannya mudah.

I N I L A H M A S A N Y A

Bila?

S E K A R A N G !

Ingatlah akan teguran Allah untuk kita,

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]