Friday, July 9, 2010
Wednesday, July 7, 2010
Alhamdulillah
Alhamdulillah..segala puji-pujian dan kesyukuran ku rafakkan ke hadratMu ya Allah..
Sesungguhnya segala penderitaan makhlukMu datang bersama rahmat dan kasih sayangMu..tiadalah kasih sayangMu buat diriku sekiranya aku terlalu lama tidak diuji..tidak akan ada sebuah peringatan yang Kau hadiahkan buat diriku melainkan supaya aku tidak alpa dalam arus dunia..
Alhamdulillah..setelah sekian lama, aku dapat bersamanya jua..ya Allah, syukur Kau mendengar keluhan dan rintihan hambaMu ini..sebuah berita tentang suamiku yang akan berpindah ke daerah kerjayaku, aku sambut dengan rasa syahdu..mengira kedatangan waktu itu bagaikan aku sudah sekian lama menunggunya..hilang segala beban yang ku tanggung hanya dengan mendengar khabar itu..
Ya Allah, Ya Rahman..syukur atas rezeki kami untuk bersama..kau panjangkan lagi rezeki kami dengan bertambahnya pendapatan kami pada tahun ini..sesungguhnya ya Allah, rezeki itu bukan semata-mata milik kami..akan kami pastikan ia dibelanja juga ke jalanMu ya Ilahi..
Tinggal seminggu lagi, aku akan menjalani kehidupan sempurna seorang isteri..yang akan menunggu suaminya pulang dengan sebuah senyuman..sebuah perasaan bahagia dan rasa dilindungi dalam payung kasih sayang dan cinta suamiku sepenuhnya..betapa selama ini aku hidup dalam perasaan terbeban oleh sebuah perkahwinan jarak jauh..sebuah perkahwinan yang sesungguhnya tidak patut bagi sepasang suami isteri yang dipisahkan oleh jarak dan waktu..
Tetapi ya Allah, berkat rahmatMu, insyaAllah perasaan itu akan kembali berseri dan bersinar hanya dengan kehadirannya..dengan izinMu Tuhanku..dia akan melindungiku siang dan malamku..aku pula akan menjaga segala keperluannya dan melayaninya seperti selalu..dan kami akan hidup bahagia bersama..
Ya Allah..lindungilah kami..rumahtangga kami dan perasaan kami terhadap satu sama lain..sesungguhnya Kaulah penentu sebuah episod kehidupan..sesungguhnya kami hanya mengharap ehsan daripadaMu..
Rabbana aatina fiddunnia hasanah..wa fil aakhirati hasanah..wa qina 'azaaban nar..
Ameen ya Rabbal 'alamin..

Subscribe to:
Posts (Atom)