Tuesday, June 15, 2010
Hidup
Hidup..semakin lama berjalan di dalamnya, semakin kutemui makna kewujudanku..saban hari tertanya apakah diriku sudah melakukan segala yang patut dalam menjalani keharmonian dunia..saban hari juga tertanya cukupkah apa yang kulakukan..ibadatku kurasakan tak pernah cukup..amalanku apatah lagi..semakin lama, aku semakin takut kerana hidup ini pasti menemui noktahnya..segala yang dimiliki olehku hanyalah pinjaman semata-mata dan sebenarnya aku tiada hak memilikinya..
kupunya keluarga..papa+mama yang menyayangiku semenjak aku kecil..aku akan kehilangan mereka jua satu hari nanti..seberat manapun perasaan, aku tetap terpaksa melepaskan mereka pergi..samada aku yang pergi dulu atau mereka, aku harus redha..
suamiku..kumiliki dirinya, hidupnya, cinta dan kasih sayangnya sudah hampir setengah dekad perkahwinan kami..entah kenapa, aku seolah2 sudah mengenalinya sekian lama..mungkin perkongsian hidup yang sebenar2nya wujud kerana dia..dia melamarku dan memasyhurkan tarafku sebagai isteri adalah anugerah terindah kurniaan Allah buat diriku..jika aku pernah melakukan kesalahan terhadapnya, sebenarnya diriku amat menyesalinya..sesungguhnya tiada perkara yang terbaik dalam hidupku melainkan perasaan indah yang kurasai sewaktu bersama dengannya..namun, jauh di dalam hati ini selalu bersedih kerana kami juga akan kehilangan antara satu sama lain satu hari nanti..selalu juga ku mohon pada Allah, jika ditakdirkan aku hidup dengannya, takdirkanlah aku turut meninggalkan fana ini bersama dirinya..ya Allah, aku amat mencintainya..buatmu suami..akan kujaga cinta kita hingga ke akhir usia..akanku berusaha menjadi yang terbaik sepanjang sejarah hidupmu..
duhai hidup..walau berlaku perubahan warna dalam corakmu mendewasakan aku, aku tetap akan teguh menempuhnya..ya Allah, limpahi rahmat dan petunjukmu dalam mengharungi dunia penuh muslihat ini..lindungilah aku daripada kongkongan hawa nafsu..yang kadang2 dipenuhi tipu daya syaitan semata-mata..ya Allah, lindungi dan sayangilah kami sepanjang kehidupan kami..anugerahkanlah kami syurgamu yang menjadi idaman kami untuk hidup di negeri abadi..tentukanlah penyatuan kami semula di dalam syurgamu..apabila kami kembali ke alam yang kekal abadi..ameen ya Rabbal 'alamin..
Wednesday, June 2, 2010
Another Year..(to my dear hubby)
Subscribe to:
Posts (Atom)