Berusahalah mengelak dari syaitan dengan cara: 
 
  (BERLINDUNG KEPADA ALLAH)
 Beristi'azah merupakan ubat paling mujarab untuk setiap ganguan syaitan.  Ia juga ubat untuk marah atau dendam yang ditimbulkan oleh syaitan yang  dibenci Allah. Allah berfirman" 
 "Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu ganguan maka mohon  perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi  Maha Mengetahui." (Fushilat 36). 
 Selalunya kita tidak sedar bahawa syaitan mengganggu kita atau menggoda  kita atau mengajak kita melakukan yang buruk.Maka dengan itu dianjurkan  sangat agar dalam apa perbuatanpun agar kita memohon perlindungan kepada  Allah dan memulakan perbuatan itu dengan menyebut nama Allah. 
 
  MEMBACA SURAT : AL FALAQ & ANNAS
 Uqbah r.a. berkata :Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
 "Tidakkah engkau tahu bahawa malam hari ini turun sejumlah ayat yang  belum pernah ada seumpamanya,iaitu: Qul A'uzu birabbil-falaq dan Qur  A'uzu birabbin-Naas." (H.R.Muslim) 
 Dalam kehidupan Rasulullah diceritakan bahawa Rasulullah setiap kali  sebelum tidur malam akan membaca ayat Qul Huwallah Hu Ahad
 Qul a'uzu birabbil falaq,.Qul A'uzu birabbinnas.dan menyapu tangan ke  seluruh anggota.Antara kandungan maksud ayay ayat dari surah tersebut  adalah memohon perlindungan dari bisikan syaitan. 
 
  MEMBACA AYAT KURSI
 Ayat Kursi, di samping ia sebagai ayat paling agung kerana mengandungi  dasar-dasar tauhid, juga ia laksana petir yang menyambar setiap syaitan  yang mencuba-cuba mendekati seorang muslim saat ia membacanya menjelang  tidur. 
 Rasulullah menyebutkannya sebagai ayat paling agung.Dalam hadis yang  lain yang sangat panjang riwayat Bukhari menceritakan bahawa Abu  Hurairah pernah menyatakan bahawa siapa yang membaca ayat kursi sebelum  tidur akan dilindungi Allah dan dijauhkan dari syaitan. 
 
  AKHIR SURAT AL-BAQARAH
 Rasulullah bersabda: 
 "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah ini dimalam  hari,maka amanlah ia." (Sahih Muslim-Fadhaail al-Qur'an) 
 Amanlah di sini membawa maksud terpelihara dari syaitan dan terhindar  dari berbagai bencana. 
 
  MENUNDUKKAN PANDANGAN
 Memandang yang diharamkan oleh Allah merupakan satu pintu syaitan yang  paling berbahaya. Dengannya iman menjadi lemah dan kelazatannya hilang..  dengannya pula fikiran menjadi keruh, akal pun tumpul. Oleh kerana itu  ada pepatah mengatakan,sabar menahan pandangan mata, jauh lebih mudah  dan lebih ringan daripada sabar menahan derita dan bencana yang  diakibatkannya.Rasulullah bersabda: 
 "Tidaklah aku tinggalkan suatu fitnah (bencana) yang paling besar yang  menimpa lelaki selain kerana wanita." (H.R.Muslim) 
 Pandangan kepada wanita adalah langkah pertama kepada kemaksiatan yang  seterusnya. Jika kita dapat melawan langkah pertama ini,maka akan  selamatlah kita dari kemaksiatan yang akan mendatang seterusnya.Jadi  tundukkan pandangan kita sebagai usaha menentang syaitan. 
 
  DIAM DARI KATA-KATA KOTOR DAN SIA-SIA 
 Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan tentang pintu iblis ia itu  percakapan agar mereka tidak terjebak ke dalamnya yang akhirnya meluncur  ke neraka, Rasulullah bersabda: 
 Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah ia  mengucapkan kata-kata yang baik atau ia diam. Riwayat Bukhori 
 Dari kata-kata memang banyak membawa dosa seperti mengumpat orang  lain,berbohong atau menambah-nambah cerita,membuat dan menyebar  fitnah,gurauan yang menyakitkan hati dan sebagainya.Garis panduan yang  diletak oleh Rasulullah ialah jika kita berkata,berkatalah yang  benar,jika tidak, lebih baik diam. Diam itu adalah antara halangan  kepada syaitan dari mengajak kita melakukan dosa. 
 
  PUASA 
 Antara jalan yang luas bagi syaitan menggoda manusia adalah menerusi  nafsunya.Langkah yang baik dalam mengawal nafsu ialah Puasa. 
 Puasa akan menyempitkan ruangan bagi syaitan berlari dalam aliran darah  dalam tubuh manusia. 
 Puasa juga mengurangkan nafsu syahwat. 
 Jadi puasa adalah jalan yang baik bagi mereka yang ingin mengawal nafsu.  
 
  NIKAH 
 Nikah merupakan satu cara untuk menutup pintu syaitan,kerana dengan  menikah lebih terpelihara pandangan dan kemaluannya, bernikah juga dapat  mengelak gejolak nafsu syahwat.. Rasulullah s.a.w. bersabda 
 "Wahai segenap pemuda, barang siapa di antara kalian yang mampu  menikah,maka menikahlah. Dan barangsiapa yang tidak mampu,hendaklah ia  berpuasa, kerana berpuasa akan menjadi perisai baginya." (H.R Bukhari) 
 
  MEMPERKUKUHKAN IKATAN KEKELUARGAAN (IKATAN RUMAHTANGGA)
 Rasulullah bersabda: 
 "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air,lalu mengutus  tenteranya. Yang paling dekat kedudukkannya di antara mereka dengannya  yang paling besar fitnahnya. Salah seorang dari mereka yang diutus itu  datang melapor kepadanya: Aku telah melakukan anu..anu..,tetapi sang  iblis menyahut:Engkau belum berbuat apa-apa?Lalu yang lain datang  melapor:Adapun aku tidak pernah meninggalkan orang itu hingga aku  berjaya mencerai-beraikan dia dengan isterinya. Maka sang iblis  mendekati-nya seraya berbisik: Ya bagus,..?"(Muslim) 
 Jelas bahawa syaitan juga sentiasa berusaha untuk memisahkan ikatan  suami isteri menerusi berbagai cara.Bila dikukuhkan ikatan  kekeluargaan,maka terhindarlah dari syaitan. 
 
  KATA-KATA LEMBUT DAN UCAPAN YANG BAIK
 Kata-kata yang baik merupakan ubat untuk mengusir bisikan syaitan dari  sebarang kejahatan Allah berfirman: 
 "Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku:Hendaklah mereka mengucapkan  perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan  perselisihan di antara mereka?" (Al-Isra':53) 
 Kata-kata yang baik dan lembut akan menyebabkan orang yang mendengar  rasa gembira.Manakala kata-kata yang kasar akan membangkitkan kemarahan  orang dan akan melukakan hati orang.Disinilah syaitan akan masuk dan  menghasut.Lembutkan kata-kata akan mengelak dari syaitan. 
 
  SENYUMAN YANG LEMBUT
 Murah senyuman ini dijadikan oleh Rasulullah sebagai amal kebajikan  (ma'aruf) dengan pesannya: 
 "Janganlah engkau meremehkan yang ma'aruf sekecil apapun sekali pun  berupa engkau menjumpai saudaramu dengan muka yang manis." (H.R.Muslim) 
 Jelas dari hadis diatas menyatakan bahawa bermuka manis akan mengelakkan  dari berbagai buruk sangka bahkan akan merapatkan hubungan sesama  manusia. 
 
  INFAQ FI SABILILLAH
 Rasulullah bersabda: 
 "Tidaklah para hamba berada di Subuh hari melainkan dua orang melaikat  turun. Salah seorang dari keduanya berdoa: Ya Allah berilah ganti orang  yang berinfaq,yang lain pula berdoa:Ya Allah berilah kebinasaan orang  yang menahan harta (kedekut)." (H.R. Muttafaq Alaih). 
 Hadis diatas jelas membawa maksud bahawa orang yang sentiasa memberikan  sumbangan hartanya untuk jalan kebajikan,akan dilindungi oleh  Allah.Sedekah jariah adalah satu dari cara menghindarkan syaitan.
 
  ZIKRULLAH 
 Seseorang yang selalu ingat kepada Allah dan sedar bahawa Allah sentiasa  mengawasinya setiap saat dan dimana saja dan bahawa seluruh gerak-geri  dan perbuatannya dicatat oleh Allah, maka sukar baginya untuk berbuat  maksiat. Rasulullah bersabda: 
 "Tidaklah si penzina beriman saat ia berzina,dan tidaklah si pencuri  beriman saat ia mencuri, hatta tidaklah si peminum arak beriman ketika  ia minum." (H.R.Muslim) 
 Sesungguhnya mereka melakukan perbuatan maksiat itu ketika mereka tidak  beriman atau ketika mereka telah lupa kepada Allah. 
 
  "maka , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan" (ar-rahman)