.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, February 22, 2010

Seorang wanita bergelar isteri..


Wanita bagaikan angin..lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya
Namun, merekalah teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
bahagiakanlah kehidupan mereka..
kerana mereka ditakdirkan untuk mewarnai duniamu duhai suami..

Dear diary..
Last Saturday..
Late evening me and hubby reached Chukai Kemaman
At night Preparing hubby's office attire..

Last Sunday..
Morning..
Hubby was here, attend procedures at OT room (Hosp Kemaman)while i was doing out patient at Klinik Pergigian Kijal..
Evening..
We spent delightful time together just like he's working here..

Today..
Morning..
Hubby still here..attend consultation clinic at main dental clinic at Hosp Kemaman..i was still doing out patient again but now at Klinik Pergigian Seri Bandi..i requested those job to be done only at the morning..
Evening..(now)
Hubby went back to KT..he dropped here just for a while at about 3.15pm..now he's gone..my mind empty..my heart start missing..I MISS YOU HONEYYYY...



Saturday, February 20, 2010

Cinta Pertamaku..

Ada orang cakap cinta itu sayang

Ada orang cakap cinta itu memabukkan

Ada orang cakap cinta itu buta

Ada orang cakap cinta itu cita

Ada orang cakap cinta itu cinta

Tapi..

Bagiku, cinta itu kepercayaan

Tanpa kepercayaan, cinta tidak akan wujud

Tanpa cinta, kepercayaan tidak akan wujud

Kerna..

Ku percaya KAU sentiasa di sampingku setiap detik dan ketika

Ku percaya KAU membantuku tatkala aku kesusahan

Ku percaya KAU sentiasa melindungiku mengharungi kehidupan

Ku percaya KAU mempercukupkan keperluanku

Ku percaya KAU berikan yang terbaik kepadaku

Ku percaya masih ada cintaMU buatku yang lemah ini

Ya ALLAH, sesungguhnya engkaulah CINTAKU YANG SATU

Hidup, mati dan setiap langkahku adalah untukMU

Kerna CINTA PERTAMAKU hanya untukMU, ya ALLAH….

Friday, February 19, 2010

Nak cari mp3 lagu ni tapi tak dapat..

Lirik Lagu ” Cahaya “
Artis ” Amy Mastura “

Mengapakah Aku
Seringkali Terkeliru
Membeza Antara
Kaca dan Permata
Yang Sebenar Oh
Kilau Cahayanya
Memukau Mata dan Jiwa

Jalan Yang Terbentang
Hanya Dua Pilihan
Namun ku Percaya
Naluri Yang Murni Kan Membawa
Arah Bahagia Oh

Ingin Kau ku Hampiri
Namun Jalanku Penuh Onak Duri
dan Setiap Kali Dirimu ku Jauhi
Jiwa Terasa Kosong dan Sunyi

Menanti
Mencari
Cahayamu
aku Tetap Gagahi
Biar Apa Terjadi
ku Pasti
ku Pasti
Kita Akan Kembali
Bersatu Dalam Cahaya Cinta
Oh Sebenar

Kini ku Rasa Sungguh Bahagia

Indahnya
Indahnya
Cahayamu
Biar Pun Tersembunyi
Kau Tetap ku Rindui
ku Pasti
ku Pasti
Kitakan Kembali
Bersatu Dalam Cahayanya Cinta
Oh Sebenar

Tuesday, February 16, 2010

Kisah Cinta Lama


PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.

Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.

Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.

Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!

Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:

  • Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
  • Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
  • Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
  • Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
  • Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
  • Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.

Hatinya..

Hatinya..kasihnya..bersatu dalam kalimah cinta..
Renungannya..perhatiannya..segalanya dilakukan dengan sejuta keikhlasan..
Layanannya..sentuhannya..mendamaikan perasaan..
Hadirnya penyeri suasana..Hilangnya..sunyilah serangkai jiwa..
Cintanya seluhur dan seagung namanya..
Hatinya..menyentuh hati ini dengan segala keinginan..
Kesabarannya..benteng keutuhan hubungan cinta..
Hanya dialah yang mampu menghadirkan semua itu..
Di dalam kesedihan dan kekurangan..dia membisikkan pengharapan..
Tika jiwa segirang mentari, senyumannya menambah seri buana..

Tiada kekurangan darinya melainkan semuanya dipenuhi oleh kelebihan dariku..
Tiada pula kelebihannya melainkan untuk menutupi kelemahan diriku..
Segalanya cukup sempurna pada penghidupan dan cinta kita..
Apa lagi di dalam fana ini yang mahu ku cari..sedangkan aku sudah memiliki segalanya kerana dia..

Duhai suami..ampunkan isterimu andai terdapat salah-laku ku sepanjang perkahwinan kita..
Duhai suami..bimbinglah diriku daripada kejahilan dan kemahuan lain..
Duhai suami..hadirlah..hadirlah dan hadirlah..
Agar ku dapat bernaung seteguhnya dibawah rimbun kasihmu..
Agar ku dapat mengutip segala kemanisan perasaan tika bersamamu..

Dari mata dan hatimu, dapat ku baca..hanya aku yang kau sayang..tiada lain..
Dari cara dirimu merencana masa hadapan, aku dapat menelah sebuah rancangan teliti menuju kebahagiaan kita..sungguh dirimu bijak membuat segala perincian..bijak dalam menguruskan rumahtangga kita..


Wednesday, February 3, 2010

Jika Ianya Sebuah Cinta,,


jika ia sebuah cinta…

ia tidak mendengar…

namun sentiasa bergetar….

jika ia sebuah cinta…

ia tidak buta

namun sentiasa melihat dan merasa..

jika ia sebuah cinta…

ia tidak menyeksa

namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta…

ia tidak memaksa

namun sentiasa berusaha…

jika ia sebuah cinta…

ia tidak cantik

namun sentiasa menarik…

jika ia sebuah cinta…

ia tidak datang dengan kata-kata

namun sentiasa menghampiri dengan hati…

jika ia sebuah cinta…

ia tidak terucap dengan kata

namun sentiasa hadir dengan sinar mata..



<<<<<<<<<<<....eqa....>>>>>>>>>>>>