.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, September 25, 2010

Rutin



Sekian lama tidak menulis..terasa jemariku kaku melakar kata..namun, mungkin hasil karanganku nanti dapat melegakan hati anda yang membaca..ternyata aku masih di sini..masih mampu menyimpul kata, melakar bahasa..menukil madah serta menyimpul salam..

Salam kasih dan sayang buat pembaca setia..kisahku pada hari ini tentang kehidupanku yang kini berubah daripada satu episod, ke episod seterusnya..diamku selama ini mungkin kerana kesibukkan menguruskan pujaan hatiku..suamiku yang paling aku cintai..alhamdulillah, dia telah berada di sisiku..bekerja satu daerah denganku..dan paling aku bahagia..hubungan kami cukup indah..

Bangun pagiku disulami senyum..melihat si dia lena di sisi, aku cukup bahagia..dalam tidurnya, sewaktu kusentuh hidungnya..dia senyum..aku juga tersenyum..

Sebelum ke tempat kerja..kupastikan kami bersarapan bersama..rutin harianku berubah kerana dulu aku cuma bersarapan secara simple..selalu ku utamakan dirinya..dia membawa bekal hampir setiap hari ke tempat kerja..alhamdulillah dia menyukainya..tiba waktunya ke tempat kerja, amalan biasa kami tentulah bersalaman..kucium tangannya..dan dia mencium ubun2 ku..begitu juga ketika dia pulang..rutin itu tetap sama..dia tahu aku pasti menunggu di muka pintu..sebenarnya perubahan episod itu tentulah menyebabkan aku sedikit keletihan..namun ia cukup berbaloi kerana dilakukan dengan sepenuh rasa cinta..

Selalu ku berdoa pada Allah..dekatkanlah hati kami selalu..hindarilah kami daripada keburukan dan selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat..ameen ya rabbal alamin...






No comments:

Post a Comment