.: Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 23, 2010

Sesungguhnya...

~apa yang dicari bukanlah fakta..tetapi sebuah kisah~

Saturday, March 20, 2010

Hmmm..Hmmmm...dan Hmmm....


Hmmm...Just update songs..rasanya lagu ni kadang2 dapat menghiburkan..dapat jugak memberitakan sebuah perasaan..jiwangkah aku?hmm, lantak la apa orang nak kata..kadang2 juga kata2 orang ni x penting..yang penting kita bahagia, sudah la..

hmm, this time, lagu yang ku pilih ade 2..bila lagu kegemaran tu x dijumpai dalam bentuk video, dalam bentuk mp3 pun jadilah..hmm lagi..ntah la, mood tak berapa nak datang la..tu pasal lembap je nak update blog ni..ntah la...

Hmm, bercakap tentang kata2 orang ni..dapat juga disimpulkan..bukan semuanya betul..ada yang bercakap seolah berjanji..ada yang berkata manis..tetapi jika ia melibatkan hati dan perasaan, sedikit sebanyak kata-kata itu diambil berat..sekecil manapun sebuah kata-kata, jika dilafazkan oleh seorang pencinta, ia umpama sebesar-besar perkara..

Hmm, sebenarnya apa yang ingin ku perkatakan di sini?..adakah kata2 ku juga penting bagi sesetengah pihak?adakah aku hanya mengemudi kata atas arahan hatiku sahaja?hmm, ntah la..hmm...

Sunday, March 7, 2010

Mimpi lagi..

5.00am..suami telah selamat bertolak ke KT..alhamdulillah, aku dapat menyempurnakan lagi sebuah tanggungjawab sebagai isteri..aku sangat mengharapkan keredhaan daripada suamiku atas kasih sayangku terhadapnya selama ini..

tidurku pagi tadi, bukan semudah biasa..tapi akhirnya aku terlena juga..ntah kenapa kebelakangan ini mimpi-mimpiku berlainan..tetapi membawa sebuah perasaan serupa..takut, sedih..sehinggakan bangunku termanggu..bukan bangun dengan senyuman seperti selalu..

rasanya telah kuceritakan padamu,insan kesayanganku..mimpiku yang dulu berkisar kematian..seterusnya aku mimpikan teman lamaku yang telahpun meninggal dunia..selanjutnya pagi tadi..aku bermimpi rumahku dipecah masuk..walaupun aku tidak diapa2kan tetapi ianya sesuatu yang membuatkan diriku dalam keresahan..aku tahu, kebanyakan kamu tentu menganggap semua ni perkara biasa..permainan tidur..tidurlah dengan berselawat dan membaca kursi..jangan terlalu fikirkan semua itu..tetapi apa yang aku alami dalam mimpi itu bukan dirasai mereka..mudah untuk memberi kata penenang..tapi bukan mudah untuk berada di sisiku dan memelukku untuk memberi sejuta perlindungan perasaan..

sewaktu mimpiku tentang kematian, alhamdulillah suami berada rapat denganku..memelukku dan meminta aku beristighfar..tidurku selepas itu dalam pelukannya yang hangat dan mendamaikan..tetapi bila aku bersendiri..aku tahu aku hanya bergantung kepada kekuatan rohani dan emosiku sendiri..aku bercerita dan bercerita untuk meringankan sedikit tekanan yang dibuat oleh kehadiran mimpi begitu..dalam masa yang sama aku masih tertanya-tanya, adakah alamat atau petanda yang dibawa dalam sebuah mimpi..adakah arwah sahabatku meminta pertolongan dariku dalam mimpinya yang menunjukkan wajah muram dan langsung tiada perbicaraan di antara kami..sehingga kini aku masih dapat melihat wajahnya yang sayu..memandangku seperti meminta sesuatu..

duhai insan kesayanganku..damaikanlah hatiku..temanilah diriku dalam ingatan dan doamu..lindungilah diriku dalam cinta dan kasih sayangmu..aku sesungguhnya mahu hadirmu menenangkan dan mengisi kesepianku..aku tetap menunggu kehadiranmu..

Tuesday, March 2, 2010

Tatkala..



Tatkala alam menyepi, dengarlah dengan mata hati..segala di sekelilingmu sebenarnya menyimnya membe sebenarnya memberiuntut untuk lena..segala di sekelilingmu sebenarnya memberi makna..erti kasih sayang dan cinta tpul erti..makna kasih sayang dan cinta terkandung di dalamnya..

Tatkala matahari menyinar, hiruplah udara nyaman dunia..ternyata dirimu masih mampu menikmati sebuah lagi episod kehidupan..

Tatkala malam berlabuh, mata menuntut untuk lena..lenalah dalam keasyikan selimut malam..makna kenikmatan hadir bersama mimpimu yang indah..

Tatkala rindu, layanilah irama syahdu..suara lagu mengiringi pilu sekeping hati..sebuah perasaan yang meronta minta didampingi..

Tatkala dirimu diulit bahagia..sinarilah alam ini dengan senyuman..lontarkanlah keriangan ke seluruh penjuru harimu..sedar dan bersyukurlah..kamu berada dalam kasih sayang Allah..

Monday, March 1, 2010

Doa buat Kekasih..

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih